Minggu lepas MJ sekeluarga ke Lumut bagi menghantar adik ke dua MJ pulang ke rumahnya setelah 2 bulan ditinggalkannya.. Yela dari 9 bulan Ilhan dalam perut Uminya sehinggalah habis berpantang di rumah TokManya
Kami bertolak dari Penang Jumaat malam dan kenduri dibuat pada keesokannya hari Sabtu makan tengah hari. Jemputan dalam lebih kurang 50 orang.
Menu yang disediakan - Nasi Daging, Sup, Ayam Goreng berempah...
...Air Asam, Puding Laici, buah tembikai dan Air Tropika
Sementara kami sibuk memasak di dapur, mereka kaum lelaki melayan keletah Firas dan Ilhan ;)
Belum disusun atur sepenuhnya lagi
Lepas boring main game kat henpon, bermulalah aktiviti wajib Firas ialah bermain bola
Amacam!! ada gaya pemain profesional tak, boleh ganti Nazmi Faiz ni nanti...hahaaa
Tendangan yang berjaya masuk GOLLLLLLLLL!!!!!!
Suka gambar ni tapi agak lari allignment pulak, tak sempat nak ubah setting :)
Firas dengan bola memang tak dapat dipisahkan, pantang nampak bola nak sepak je..
Laju tau sepakan Firas dan pandai jugaklah sikit-sikit nak kecek bola.
Gambar masa kenduri doa selamat esok MJ publish, sebab tak sempat nak memiilih dan resize.. So entry ini akan bersambung la ye... :)