Petang tu seusai Majlis Sepetang, lepas Solat Jamak (Zohor/Asar) MJ ajak en suami ronda IKEA, dalam fikiran takdak nak membeli apa2, cukup sekadar nak jalan2 cuci mata je.. heheee (biasalah perempuan kan)
Roger My Mum kot-kot ada nak kirim apa-apa kan..
Lepas ronda 1 bangunan, MJ cuma beli tempat letak camca garpu tu, lupa nak snap gambaq (harga RM9.90) My Mum pun takdak nak beli apa-apa barang.
Habis ronda en suami ajak p makan kat Rawang Burger Bakar (Duta Puan Nana kita, heheee)
Takut tersesat lagipun tak tau kat mana MJ terus SMS sis Nana tanya tempat.
Sepantas kilat pertanyaan dibalas, dan terus kitorang GPS area tu.
Lebih kurang 20min camtu kitorang sampai tempat dituju, Jam menunjukkan lebih kurang pukul 9.15pm.
Puuuuuuuuunyalah ramai orang dok beratoq.....
Tengoklah kedudukan MJ di belakang.. huhuuu
Ruang membakar
MJ pilih Burger Valentine's manakala en suami Burger 'Ombak Rindu'
Dari saat pesanan diambil lebih kurang pukul 10.30pm, pukul 12.30 TGH MALAM baru sampai beger kami.. Naik tensi menunggu-overall servis memang lambat.. Memikirkan kami datang jauh dari Penang gagah tunggu, kalau dok dekat situ memang dah lama angkat kaki..
Rupa-rupanya diorang serve untuk artis yang kebetulan ada sama malam tu
(Abg Mamat Khalis and krew/geng) patutlah berjinggut kami tunggu.. Penat giler...
Burger Valentine
Sampai je beger, tak toleh kiri kanan, tangkap gambar terus ngap, takdaknya nak diet tgh2 malam... :)
Burger Ombak Rindu
Memang sedap RBB ni sebab dagingnya tebal, tapi memikirkan nak menunggu punyalah lama, rasa macam tak sanggup dah...huhuuu
UPDATED : Lupa nak habaq, disebabkan kami LAMA SANGAT menunggu, RBB bermurah hati cuma kami bayar untuk harga 1 BURGER sahaja, kira diskaun 50% la, cuma bayar RM9.00-berbaloi la dengan kos menunggu kan :)
UPDATED : Lupa nak habaq, disebabkan kami LAMA SANGAT menunggu, RBB bermurah hati cuma kami bayar untuk harga 1 BURGER sahaja, kira diskaun 50% la, cuma bayar RM9.00-berbaloi la dengan kos menunggu kan :)













































