Masa MJ masih dalam mood sebagai 'student' hari tu, biasalah dengan kawan-kawan ni bila dah berjumpa kitorang akan mencuba makanan-makanan baru yang dirasakan perlu untuk dicuba terutama selepas Burger ni pernah masuk TV awal tahun baru tak silap.
Abaikan mata sembab masing-masing tu ye, almaklumlah buat 'tesis' last minit, bila nak hantar Draft baru kelam kabut nak buat.
Tapi kami walau sesibuk mana ataupun buat-buat sibuk ka, tiba bab makan je konpem tak tinggal, tambahan part nak mencuba, ha memanglah akan curi masa jugak :)
Masa kami sampai dalam pukul 9.20 malam macam tu, ada ramai jugak yang
masih 'menunggu', so kami pun meneruskan order :) Tempat ni style Order,
Bayar dulu dan tunggu sehingga Nombor giliran dipanggil.
Setelah menunggu hampir 2 jam, inikah Beger yang pernah masuk TV hari tu? dan 1st impression kami.... Alamakk!!! Apa yg diharapkan selepas 2 jam kami menunggu, maka kami akan memperolehi hasil yang menggoda, tapi takpe fikir positif, kita makan dulu mana tau sedap kan.. heheee
Beger ni berharga RM30 sebiji, cukup besar untuk kami berkongsi makan berempat.
Inilah 'isi' dalam Beger kami, korang nampak korang nilailah sendiri apa yang ada untuk sebiji Beger yang berharga RM30.00????
Kami ni dah la masing-masing perut tengah lapar, tambahan tengah tensi dengan nak siapkan tesis, tunggu pulak dekat 2 jam hanya kerana nak makan Beger...
Dapatlah sorang sebahagian yang 'agak besaq' ni, dan korang rasa-rasa la kitorang makan habis tak? heheee :)
Keempat-empat kami cuma makan bahagian isi je, sayang beb bayar memahal paksa rela gak menelan ooi.. ;) So kesimpulan yang dapat diberi.... Kami kuciwa...huhuuhuuu
Harap tokey kedai ni dapat improve di masa depan, sebab sayang kan promosi baik punya di TV, tapi hasilnya kuciwa buat kami.
p/s : Sebenarnya serba salah nak buat entry ni, tengoklah jika ada masalah ke akan datang MJ mungkin akan 'delete' kot entry ni :)