Sambungan dari entry sebelum nie (Kalau ada yang terlepas, leh baca entry tersebut bawah nie je.. hehee)
Seminggu selepas exam aku tamat iaitu pada 5.5.2011, aku terus ke Hospital Pakar untuk buat temujanji dengan Doktor Pakar Sakit Puan di Hospital Pakar Perubatan Bagan (Bagan Specialist Centre), dan selepas pemeriksaan dijalankan (ultrasound) doctor memang sahkan ianya ada 2 ketul dan katanya aku harus membuang ketulan tersebut demi masa depan kami jugak nanti.
Bukan pembedahan yang akan dibuat, tetapi melalui endorscope (tebuk 3lubang di perut) untuk membuang ketulan darah beku.. Terus terang cakap, aku TAK SAKIT PUN dan tiada tanda-tanda yang aku alami yang boleh nak nyangka aku alami penyakit ini. Cuma aku ada PERIOD PAIN tapi itu hanyalah pada hari pertama period sahaja dan hari lain aku sihat. Aku pun pelik tapi alhamdulillah aku dapat tau awal dan leh bertindak cepat (menurut Doktor ianya dah terjadi dalam tempoh lebih kurang 3tahun)
Korang mesti dah leh agak apa sebenarnya penyakit aku nie kan??
Kalau ada yang tau, YE aku ada OVARIAN CYST di Ovari kiri aku, ketulan darah beku yang berkumpul di saluran tiub fallopian dan juga di Ovari. Saluran tersebut dah tersumbat dan perlu dikeluarkan segera.
Tiada cara lain melainkan scope adalah jalan yang paling sesuai, disebabkan period aku baru sahaja kering, doctor sarankan aku jalani dengan segera, sebab taknak telur keluar dari kilang untuk hasilkan period di bulan berikut dan kerana itu aku perlu tunggu untuk bulan seterusnya pula.
Setelah berbincang dengan en suami, kami bersetuju untuk jalani scope pada hari Isnin (09.05.2011) Memang keputusan yang serta merta tanpa sempat kami berfikir panjang. Tapi bagi aku untuk apa perlu tunggu lagi sebab kami dah tunggu setahun lebih kan.. (* ~ *)
Jadi pada 08.05.2011 tengah malam aku perlu ke Hospital untuk ditahan di wad (admitted) kerana keesokannya aku akan di ‘scope’. Jadi aku perlu berpuasa sebelum aku dioperasikan, last aku makan pada pukul 830malam.
Sepanjang malam aku berdebar memikirkan keesokannya yang aku akan menempuhi bilik bedah ditambah dengan wayar berselirat di badan, Eeeiii gerunnya, maklumlah aku pergi ke Hospital menyerah diri dan bukannya sakit seperti orang lain.
Tanda nama buat setiap pesakit di dalam wad :)
Asal plan scope aku pada 830 pagi, tapi bila sampai Hospital Nurse cakap turn aku pada pukul 1.30 ptg, alamak!!! Terukla aku nak tunggu smpai tgh hari.. Lagi bertambah debaran di dada..
Sepanjang di Hospital, tak henti2 aku membaca Surah-surah pendek, baru hati rasa tenang, memang menunggu tu satu penyeksaan..
Dan pagi tu masa en suami datang sambil bawak sarapan, aku dengan tanpa rasa bersalah makan roti Gardenia perasa Jagung tu dengan enak sekali, elok untuk gigitan terakhir, tiba-tiba doctor sampai di katil aku. Dia tanya kenapa aku makan sebab tgh hari ni aku akan di’scope’, aku cakap aku taktau sebab Nurse takder cakap pape pun kat aku (Lgpun ni kali pertama aku masuk spital, maybe Nurse ingat aku tau kot). Dan disebabkan makan roti tu terus scope aku ditunda ke pukul 4ptg, Aduhhhh!!!! Aku perlu puasa lagi 6jam sebelum di operasi. huwaaaa...:(
Roti Jagung nielah yg aku makan :)
Memang menyesal betul, hanya kerana makan roti yang tak kenyang tu aku harus tambah puasa lagi.. Arrgggghh!!! Seksa seksa…
Dah ler masa tu jam baru pukul 9pagi, nak ke pukul 4ptg memang 1 tempoh yang bagi aku terlalu lambat.. Jadi aku masih lagi dalam debaran yang belum berakhir…. (* ~ %)
p/s : Ok, bersambung lagi di entry seterusnya mengenai pengalaman aku masuk di dewan bedah :)
20 Yang suka berceloteh:
nASIB BAIK TAHU AWAL KAN MYRA... INSYAALLAH ADA REZEKI MYRA LEPAS NI
@munna InsyaAllah kak, tima kasih ye :)
oo..tiba-tiba teringa entri myra dulu. akak pun ada kawan yg ngidap ni..tapi still ada anak..cuma sekarang ni jaga kesihatan myra tu..buat pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya..rezeki anak tu bukan di tangan kita..Allah yang tentukan..
@Nora Shahaira Yup, betul tu rezeki anak Allah yg tentukan, dan sbb tu kami berusaha, mana tau cara nie berhasil kan..
Betul..betul..selagi ada cara dan ikhtiar kita buat..selebihnya tawakal kerana kita dah berusaha..teruskan ye..
dulu masa akak kat matrik, period tak dtg 6 bulan. gi pakar, katanya ada cyst. mmg risau la masa tu. sambil2 tu berubat cara alternatif. jumpa sorg tuan haji ni..dia mmg ubatkan org dgn ayat2 suci al-Quran (skrg ni dia dah tak ubatkan org dah..dah tua). pastu pergi lagi jumpa doktor pakar (buat kali yg ke brp ntah)...hilang dah cyst tu..alhamdulillah. dah lps tu baru period dtg balik & kembali normal
@Nadiah Sidek Akak berubat dengan tuan aji tu ada makan @ minum ubat pape x?
Myra nie period normal je macam selalu, tu yg xsgka boleh ada nieh
kak... moga cepat sembuh tau...
KEsian myra. nasib baik time tebuk 3 lubang tu tak sakit. ever proses ni happen dgn anak angkat mak zie.
tp dia punya kanser rahim. gni gak la proses dia.. tebuk 3 lubang gitu tp dia kata sakit giler :(
get well soon yang!
selamat dpt tau awal, alhamdulilah semuanya selamat, camna dapat tau tanda2 awal?
erm..lg bertambah debaran bile dh kena postpone ke pkul 4..
OVARIAN CYST tu macam mana kak ? puncanya. bahaya tak ni ?
takutnya Miza. berdebar pulak miza ni -.-
@Redbloodsnow TQ Yank.. :)
Masa tebuk tu xsakit sbb dah pengsan ha, tp lepas tu sakit ar:)
@izyantyPersonalTaste Tanda2 mmg xde Iz, Myra tau pun secara kebetulan je masa buat ultrasound..
Kalau Iz nak p chek pun xpe, saja2 nk chek ke :)
@Miza Yusof Cyst nie ada 2 jenis ketulan @ cecair, takpe Miza, nnti akak xplain dalam entry la ye :)
pasal kek batik tu, should be no problem sebab takde telur..tapi tang buttercup yang tak sure..huhu..
dah klik hb..
Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway
Belog kami :Notre Belle Histoire
tuan haji tu bg minum air yg dibaca dgn ayat2 suci je
Alhamdulillah dapt tahu awal MJ..
kawan kakyong dulu, memang dah terlambat sbb dah terlalu byk drh beku...
n3 terbaru kakyong
Filem CUN memang CUN… kome dah tengok?
layan ost Nikita – Saat Terakhir
Si peramah 1 April–15 May 2011 @ kakyong.com
tanda2ny \period tak normal kan mj
sbb mber su cam tu la..punca tiub dia tersumbat.masa zmn skolah dia mmg da masalh priod..
salam mj,
nak tumpang tanya...dkt bagan ni pakar OnG berapa orang? ada pakar perempuan? thank u mj...harap mj perasan komen ni :)
Post a Comment