Soalan nie yang kerap ditanya oleh rakan2 semua dalam beberapa entry MJ sebelum nie.. Maaf sebab buat korang tertanya-tanya, bukan niat sebenarnya, cuma MJ perlukan masa dan kesesuaian untuk bercerita dan berkongsi dengan rakan semua.
Tapi sebagai catatan peribadi untuk diabadikan di dalam blog tersayang, MJ akan ceritakan segalanya di sini.. Catatan ini mungkin ada beberapa siri sebab perjalanannya panjang. So cerita nie lebih selesa menggunakan ganti nama AKU bagi menggantikan MJ.
Catatan ini mungkin panjang, kalau tak nak baca pun takpe terpulang (* ~^)
Ok, disini bermula segalanya.... :)
Tahun 2010 (sebelum Hari Raya Aidilfitri) -Secara kebetulan semasa buat pemeriksaan ultrasound + darah di salah sebuah klinik, aku dapat tahu mengenainya, hati jadi berdebar + ketidak keruan. Yela tak pernah sangka dan menyangka kini terjadi pada diri sendiri. Menurut Doktor yang memeriksa, aku perlu menjalani pembedahan bagi membuang ketulan tersebut. Tapi Doktor cakap hal ini tak merbahaya, cuma pada setiap 6 bulan perlu jalani pemeriksaan samada benda tersebut membesar @ mengecil @ hilang..
Untuk hilang memanglah mustahil, jadi selepas 6 bulan, aku dan suami buat pemeriksaan lagi di salah sebuah Hospital Pakar milik Kerajaan, ada di entry sebelum nie perbualan aku dengan doktor( tapi pada masa tersebut aku tidak mengaku itu adalah diriku-so maaf bebanyak ku pohon sebab pada masa tersebut memang belum bersedia, masih rasa takut dan tidak yakin pada diri sendiri)
Keluarga dah mula mendesak supaya aku berjumpa pula pakar di Hospital Swasta tapi aku yang menangguhkannya sebab masih takut dan lama kelamaan perkara tu senyap begitu sahaja.
Aku dah banyak cari maklumat pasal penyakit nie, adakah sebab ini kami masih belum dikurniakan cahaya mata, sedangkan dari maklumat dan sumber diperolehi ada yang dah mengandung, dan segelintir sahaja yang belum, mungkin aku tergolong dalam golongan segelintir tu, wallahualam.
Tahun 2011, April (Final Exam) – Semasa aku masih lagi dalam mood exam, terdetik di hati nak buat pemeriksaan di klinik panel, sebab rasanya dah dekat 6bulan aku tak periksa keadaan aku selepas kali terakhir aku buat di Hospital Kerajaan pada bulan 10 2010.
Aku terkejut bila doctor cakap bukan 1 tetapi 2 ketul.. Hah!!! Memang terkejut giler, dan tak percaya, maka atas nasihatnya dia menyarankan aku untuk membuangnya sebab ini saja cara andai aku ingin mengandung. Tiada ubat tidak akan diberikan pada aku sebab ubat punya kesan sampingan untuk aku. Ye aku tahu rezeki Allah yang tentukan tapi kalau ini salah satu usahanya apa salah aku terima dan mencubanya. Jadi aku telah dirujuk ke Hospital Pakar Swasta di Butterworth, Penang.
Tapi aku masih juga tangguhkan lagi sebab dengan alasan aku masih dalam mood exam, aku kena habiskan dulu exam nie dan baru aku bersedia untuk berjumpa Doktor Pakar tersebut. Yela nanti stress, exaM plak terganggu kan (* ~ ^)
p/s : Cerita akan bersambung di next entry perbualan aku dengan Doktor Pakar tu ye sebab perut dah mula rasa ngilu dan pedih, nak kena berbaring jap..:)
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk membaca Celoteh yang ntah apa-apa nie ye.
18 Yang suka berceloteh:
apa nama sakit MJ ? Miza still keliru lagi. tkpa lah tunggu entry seterusnya mungkin Miza akan lebih faham.
suspennye..cepat2 type next entry plz :)
@Miza Yusof Sabar ye Miza.. Nanti Miza akan faham :)
walau apa pun..jaga kesihatan ye..akak sedih dgr dugaan Myra ni..namun, anggap Allah nak uji cinta nya kita kepada Dia..tabahkan diri ..Myra bertuah kerana Allah sedang perhatikan myra...
Ujian Tuhan. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. sabar dan kuatkan smgt. selalulah berdoa n meinta pertolongan dari-Nya...
akak, ape name skit 2...fibroid ke?sorry klu slah..huhu
take care ye ^_^
tk pe usaha dan tawakla insyallah dapat rezeki nanti :)
@Nora Shahaira InsyaAllah kak, tima kasih ye atas nasihat akak tu :)
@azzey Tima kaseh ye kak Azzey :)
@Wanie Esok akan terjawab soalan anda..hehehe :)
Ulser perut ke sayam?
Apa apa pun, jaga kesihatan ye kak Myra. Moga cepat sembuh dan kuat macam dulu ;D
ooo.. ye ke cm tue..xpe byk2 bersabr ye myra..
nak baca sambungan ye myra.. nak tahu lagi pasal penyakit ini
rasa suspen..
nak juga tahu apa sakit myra..
myra dapatkanlah rehat secukupnya yer..
@Puan Besar Shag Yahaya Bukan Shag, xpe ptg nie dah tau sakit pe :) Tunggu ye:)
@Cute MuM Sabar ye CM & Tima kasih :)
MYRA BYK² BERSABAR EA DGN PENYAKIT MYRA. SEMUA INI DUGAAN ALLAH. ZIE AKAN SENTIASA DOAKAN KESIHATAN MYRA KEMBALI...AMINN
P/S:
SORRY CAPS LOCK
TGH BUAT AKAUN...
ooo...mber su ada sorang operate..
tebuk 3 lubang dekat perut..
Post a Comment