KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
p/s : MJ pun dalam proses nak potong perkhidmatan Astro nie, rasa macam tak berbaloi je bayar mahal tapi servis tak memuaskan.. Asyik ulang cerita yang sama je..
25 Yang suka berceloteh:
btol2...rasa mcm nak potong je astro...cik mai skg da kurangkan pakej...klu bil mahal lagik...kita kasik potong..hihi
mujurlah lin amik pakej yg basic tu jer...tu pun tiap bulan ada servis caj kan...hampeh jer
ramai benci astro skang nieh...
Sama! Sampai ke hari ni Hana xbyr pun bil astro. Biarkan. skt ati btl. cite sama je tp bil naik bgai nak gila. Selama ni blh hdup je tgk drama kt tv1,2,3,9,ntv7,8tv, now dh ada al-hijrah. Geram plak rasanya. If keadaan ini berlarutan, mau potong gak astro.kasi ajar sikit!
@Cik Mai
Ye betul tu, kita sbg pengguna ada hak dengan duit kita :)
@Lin Azlina
Basic pakej tu takpe, ini servis caj yang ntah pape tu yg tak tahan tu..
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
Sebab astro naikkan servis caj tapi perkhidmatan tak memuaskan...
@Hana Soffelia
Ye betul tu, siaran TV free pun banyak citer menarik, so takdak hal punya lah kalau astro xdak.
btul2. ajar mereka sikit :D peace
alamak macam mana nie BSB suka tengok citer korea city hunter..
Jom same2 start pakai area cam dulu2.gud bye astro...
kalau tk bayar nanti lepas 3 bulan susah kita kena bayar lak... baik potong je terus huhu
deqlis dah buat lama dah boikot...(dah potong dengan tak bayo 3 bulan hehe)
1st sebab geram ...tang bayo suruh cepat...tp beli servis tak bagus kita complen berbulan2x tak settle...tp kena bayo...bayangkan deqlis dulu dekat 8 channel tak dapat...(blank jer) siapa tak geram kan??? so malas nak bayo laa patut sedar laa kesilapan sendiri tak entertain customer problem...
so dengan rasminya mmg takde dah asterok nie kat rumah deqlis...walaupun deqlis dah amik asterok beyond sebelum nie...
kalo tk sebab line yg teruk mmg tk pakai pon astro..terpaksa je tau..huhu
@hadinesta
Betul betul.. Sokong :)
@Be Simple Beb(BSB) - threeQ
Kalau masa layan astro takdak masalah ok la, cuma yg geram servis tu yg teruk..
@..m@m@ T0meLL..
Pakai area lagi puas hati kan, cuma kekadang je prob, tp takpe sbb free ;)
@Puanbee2
Memang kot mana pun kena bayaq jugak, yg beza cepat ngan lambat je :)
Potong terus memang cara selamat :)
@deqlis
8 channel blank?? fuhh memang hangin la, kalau astro entertain dengan baik, kita pun tak marah kan..
Caj mahal pun takpe, ini cam hape je..
umah dni tade astro. ngeee :D
sib bek umah tak da astro
geram kan dgn astro. dh lah citer byk ulang2...bill menaik. mcm umah zie...naik rm10 kot klo tak silap :(
kami dh berthn xde astro nie..haha..lama dh terminate nie..lala
jom-jom pakat boikot astro..
boikot aje..
Post a Comment