SALAM 7 SYAWAL
Tapi tak sangka masih ada jugak pengunjung yang sudi walau blog nie tiada sebarang entry baru, terima kasih yang tak terhingga diucapkan.. :-) Nanti mai rumah beraya ye, leh makan kuih raya..heheee
Camna raya korang semua?? Tentu memasing ada cerita tersendiri kan?? Tak sabar nak baca kisah-kisah korang menyambut raya nie.. Raya MJ suami isteri alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tahun nie di pagi raya MJ beraya di rumah mertua sebab tahun lepas di rumah MJ kan :-0
Upacara pertama selepas bersembahyang raya ialah -----------
>>BERMAAFAN antara kami suami isteri<<
Ampun dan maaf dipohon selama hampir 2 tahun menjadi seorang isteri untuk suami tersayang.
Pose istimewa dari kami berdua di pagi raya selepas sembahyang raya..
Posing dalam bilik je sebab kat luaq dah penuh dengan sedara mara,
kang bila dah keluaq bilik tak sempat punya nak bergambaq..
Sibuk melayan la jawabnya :-)
Ini baru kat Hall depan, belum lagi kat Hall tengah, penuh meriah 1 rumah..
tugas MJ ialah 'buat air' dan hidang ketupat rendang untuk tetamu.
My MIL buat ketupat Jagung, MJ 1st time makan tahun lepas terus terjatuh hati,
mungkin sebab MJ suka makan jagung kot, so apa je menu yang
berasaskan jagung memang A+ la buat MJ :-)
sebelum nie suka makan ketupat kacang, so dah jatuh di nombor 2 le..
Tapi gambaq ketupat jagung terlupa plak nak snap,
adoyai nyesal lak rasa...huhuuu
Petang raya tu pulak lepas je solat Asar, kitorang terus gegas ke kampung sebelah MJ plak untuk beraya dengan my family (Kitorang nie dok senegeri, so takdak masalah sangat la bab nak balik beraya ni, 1 Hari Raya je dapat beraya di 2 kampung)
Di rumah tok sedara (Permatang Damar Laut, Penang)
penuh dengan sedara mara sebelah my Mum..:-)
My Dad and My Lil Sis
Dannnnnnnn tak sangka raya tahun nie baju melayu en suami ada sama dengan
2 orang lagi sedara terdekat..heheee, nak tengok tak????
My Dad, Paksu dan en suami..
Okla tu Boria Pulau Pinang kan :-)
p/s : Sambil-sambil buat kerja nie nak blogwalking blog kengkawan jugak, nak baca kisah cerita raya, mana yang sempat MJ terjah ye.. :-)
7 Yang suka berceloteh:
meriah kan bile kumpul ramai2 :)
mmg meriah.. ketupat jagung ari tue nmpk kat umah sedara tp dh kenyang sgt x mkn la.. sure sedap kan..
raya ke 2 kat PDL, nureen kat kg lg semlm baru smpi.. ;p
Meriahnyaaa :) selamat hari raya myra :)
nak duit raya :D
wah mj mcm pengantin siap pakai inai lg hehee
wah..ada yg sama jg eh..hihi..
ifa warna biru thn nie..hee
meriah2..bilelah nk cium tangan suami gak ni..huhu
Post a Comment