Firas sekarang ada aktiviti baru iaitu menulis, sebelum ni tulis atas kertas lepas tu di Dinding, dan sekarang beralih semula atas kertas. Pantang nampak Pen terus mintak kertas, dia cakap 'nak leh, nak leh' (nak tulis, Nak tulis) kalau kita bagi pensil kayu dia takmau, dia lebih suka pen.
Tengoklah betapa khusyuknya Firas,
botol air kena ada sebelah, penat menulis minum air :-)
Kita kasi zoom sikit....
Entah apa la yang dia tulis tu kan..
Sampai terteleng-teleng kepala..
Kalau kita nak lukis dia tak bagi, kena pegang sama tangan dia pastu lukis..
Jadi kami pun kena la kreatif melukis supaya Firas kenal apa yang kami lukis.
Setakat ni bila lukis Kucing, baru lukis tang muka buat misai sikit, Firas terus cakap 'Cat'
Bila lukis angry Bird yang kaler kuning tu dia cakap "Agi Bird'
Lukis kereta dia cakap 'Car Abah'
Bagus jugak, cepat je Firas mengenal..
Perkembangan positif nieh :-)
Tapi nak lukis ni semua kena pegang sama tangan dia,
kalau tak pegang dia takmau tengok.. :-)
Tak cukup berdiri, meniarap pulak..
Bila tanya Firas lukis apa??
Dia cakap 'leh, leh' (Tulis, Tulis)
Suka menulis ye, nanti kita p sekolah na, tapi lagi 3-4 tahun la nak kena tunggu baru boleh masuk TADIKA :-)
Tu dia hasil lukisan Firas..
Sambil melukis sambil tengok TV..
Nak buat 2 kerja dalam 1 masa :-)
p/s : Mode - Tak sabar nak pergi bercuti minggu depan :-)
16 Yang suka berceloteh:
AMBOI..TEKUN NYA FIRAS MENULIS YE....
Kanak-kanak memang pantang jumpa pen. Semua tempat dia nk melukis.
bgus la 2...skrang dh x conteng dinding..hehe
pandainya...bape umur firas ni myra?
hehe..bagus betul firas nih. kecik2 dah rajin eh..
@Hana Soffelia
Itula, nasib baik dah tak conteng dinding dah sekarang ;)
@aanie
Firas ni setahun lebih, bln 2 thn depan masuk 2 tahun :)
bagus firas ni.. budak pandai! ;-)
pandainya firas..
kecik2 dah pandai lukis yer
kusyuk kemain..leh jd scientist ni..
jangan conteng dinding ya firas...kat umah nie...habis..budak2 conteng dinding hihihi
tekun ye la firas ni~belajar rajin2 ye firas!
Khusyuk gila Firas hehehe tulis kat kertas takpe lah dik eh kot kat dinding ayoyoyo jenuh lahh nak cat semula.
bagus ni.. nanti bila sekolah rajin siapkan keje sekolah :D
amboiii rajinnya dia. siap meniarap bagai :D
huhu.. macam-macam gaya firas yer..
camtue gaklah dania bila dapat pen..
paling tak tahan badan daddy die pon jadi mangsa.. hihi..
Post a Comment