Disebabkan en Suami taknak layan MOVIE di panggung tapi memberi kebenaran untuk tengok bersama kawan, so apa lagi terus lepas balik kerja semalam dengan Uniform masih tersarung di badan terjah Mall untuk layan Citer nieh :-)
Muka dengan gaya happy sebab akhirnya tercapai hajat nak tengok citer OMBAK RINDU ni di panggung :-)
Ni la offismate MJ yang juga punya minat yang sama dengan MJ - UMIE. Jadi sebagai kenangan pernah tengok movie ni haruslah bergambar dengan banting diorang kan :-)
Bagi MJ cerita ni walaupun perjalanan agak meleret tapi keseluruhan memang BEST, dari 5 bintang MJ bagi 4 bintang. MJ dan Umie tak lah pulak nangis tersedu macam jiran sebelah kami kat panggung tu, dok dengar sedu sedan je, heheee cuma kami berdua terasa sebak especially part Hariz cakap nak gantung Izzah tak bertali, lepas tu Izzah kejar Hariz dan terjatuh dan bagitau Mak Jah yang dia tak bersalah. Sedih ok part nie :-)
Ada part rasa macam adehh kejam tul Hariz ni tolak Izzah kat Bilik Air macam patung sebab nak Izzah GUGURKAN kandungan, tapi bila Izzah pengsan terus Hariz jadi romantik dan bermulalah episod baru..
Kalau yang belum tengok tu MJ rasa FILEM ni wajib tonton, pada yang dah tengok tu, korang akan tengok untuk kedua ketiga keempat kalinya ke?? :-)
Wahhh tengok tu siap usap pipi Aaron lagi, walau patung jadila, kalau real hmmm mimpi jela...heheee.. Movie akan datang- DATIN GHAIRAH.. Tajuk tak boleh blah betulla :-)
Ok sebelum kami layan OMBAK RINDU tu, kami pekena Yee Mee Sizzling sebagai alas perut :-0
Jemput makan semua, opppsss silap jemput tengok ye... :-)
Adehhh!!! dok terasa-rasa lagi keenakan Sizzling nie, memang layan abes... ;-) Korang layan jugak tak?
p/s Korang yang ada akaun GMAIL dan TWITTER harap dapat tolong MJ di entry INI ye, terima kasih :-)
24 Yang suka berceloteh:
tu dia..sy ja xsempat nk tgk..
dekat pacific ke?k.sya tggu keluar kat astro jer,nak g tgk dgn anak2 ramai susah,tak da org jga
part MJ nangis tu sama macam akak...hehe
akak bagi 3.7 bintang dari 5 Ombak rindu ni...:)
X aciii..x dpt p lg nie mcm mn? Hahaha..busy jer sy!
Nnt lah kalau free..ekekeke
@nuyui a.k.a miss YUI
Hehee, nak tengok punya pasal sanggup curi2 masa.. :)
@misya
Ye kak Sya, Myra tengok kat Pcific, tp mcm kak Sya ada anak2 better beli DVD @ layan je kat ASTRO kan :)
xtau bila nak pie tgk..rase2 mcm xde hrpn jer huuhuhuuu..sedapp sizzling nyum2
tunggu OR kuar tibi jek...huhuhu
wah dah tengok OR... jelesnyer.. :P
aku tunggu kat astro first lah...nak pegi memanjang tak sempat...huhu...
tak tengok lagi..huhuhu.. semua orang duk bercerita pasal filem nih.. nak tengok jugak..huhuhu
Cite Datin Ghairah tu mcm kelakau giler jerk.. Tp nyampah pun ada.. Hik3!!!!
wah.. finally dah gi tgk jugak..
rasa nak tgk kali ke2 but mcm malas la nak byr tiket lg..maybe tggu astro first then leh ulang tayang 2 hari..wahahahahaha
MJ..kita nak FM PANGKOR..heee leh tukar ngan melaka :P
Hehehe :D kan kan masa dia tolak Izah tu geram je. Huhuhu :/ :)
myra .. bee ada mesej myra kat facebook .. cepat sikit urgent
kiranyer mmg best la yer? kira musti tgk la nih. camno nk ajak shah nih. ekekekekek
@~ yus ~
Hehee, sedih sebab tgk muka Hariz dengan berat hati nak gitau izzah..
@Gieyana
InsyaAllah nanti adala kesempatan akak pulak nak layan movie nie ;)
@e!ya
Takpa kak, nanti layan kat astro @ DVD je.. :)
Sizzling tu mmg sedap, myra suka ;)
@amiey lee
Boleh-boleh, nanti emel kat myra tau alamat ;)
@ADEEYA
Ye, kita yg tengok ni yg rasa sakit ;)
@puanbee
Ok Bee, dah reply :) TQ
@eB ezrin
yup, memang best, kiranya tak rugi tengok ;)
Post a Comment