Ruangan celoteh Mr Jay:
"Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk berpuasa dan beribadat pada bulan yang mulia, bulan yg dimalamnya terdapat lailatul qadar. malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan Ramadhan al mubarak.
Pun begitu ada yang tidak sempat meneruskan amalan pada bulan mulia ini kerana telah dijemput olehNya. bagi saya sendiri ramai rakan taulan, jiran, serta rakan zaman persekolahan telah mengadap Ilahi. semoga roh mereka dicucuri rahmat. dan sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka dan seluruh umat islam diseluruh dunia. Al Fatihah........
seorang sahabat yang meninggal tu dia terkena penyakit kencing tikus. mungkin diantara kita yang kurang info tentang penyakit ini, jadi saya ingin berkongsi la serba sedikit. mana tahu dapat membantu kita berusaha mencegahnya. ibarat kata saidina Abu Bakar R.A kita lari dari qadar Allah kepada Qadar Allah yg lebih baik.
Penyakit kencing tikus
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia.
leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah simptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk:
- demam tinggi
- sakit kepala yang teruk
- sejuk
- sakit otot
- muntah-muntah
- mungkin termasuk demam kuning
- mata merah
- sakit perut
- cirit-birit
- keradangan.
komplikasi
Komplikasi termasuk meninitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggan (“renal interstitial tubular necrosis”, yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati juga masalah kardiovaskular juga mungkin berlaku.
Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosisPencegahan
orang ramai seharusnya menjaga kawasan kebersihan kawasan terutamanya dikawasan yang berpotensi menyebarkan penyakit ini seperti pusat rekreasi manakala bagi pengusaha kedai makan, mereka juga harus memastikan kedai mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan orang ramai juga diminta memilih hanya kedai makan yang bersih. Selain itu, Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko tinggi
22 Yang suka berceloteh:
bahaya nie...thanks info mj...ada entry untuk mj..
Good info nih.. Thanks..
Rakan seperjuangan akak pon ada yg meninggal dnia awal thn ni..
Suspek kena kencing tikus ni lah..
Dia blk dr mandi sungai trus demam x kebah..
Al-fatihah bt arwah..
eiii, takut!smoga kita dijauhkn drpd penyakit yg tidak2 nieh...
takut la..bahaya penyakit ni..
Semoge dijauhkan la dari kite2 semua terkene penyakit ni.. Amiiinn... Risau bace.. huhu
bahayanya,,, boleh bawa maut
kawasan air terjun pun berpotensi besar ada penyakit ni kalau tak silap
semoga tabah la bagi ang dilanda musibah. penyakit kencing tikus ni mmg bahaya.
sgt bahaya bnda cmni kan..
thanks for info..mmg sblm ni bnyk dngr kes org terkena bencana kencing tikus ni.huh.
al fatihah buat yg tlh pergi,kita pn akn mnyusul mereka nanti :(
nice info.. sama2 kita take care pasal penyakit ni...
memang bahaya penyakit kencing tikus.. ada yang boleh membawa maut jika antibody tidak kuat..
Nice sharing here sweety
tq myra coz share info ni, mang kene amik tau, sbb bahaya.
bagus infonie mj..takutlah siapa kena selalunya tak hidupkan?
kencing tikus bahaya kan..
takut penyakit ni...bahaya...thanks sharing MJ
Info yg bagus.. Tq MJ..
bahaya betul kencing tikus ni...
Innalillahiwannailahirajiun..
bahaya kencing tikus ni..
tq for info Mr J
Good info MJ..M mmg risau sangat bila dok dengaq akhir2 ni banyak yang meninggal sebab kencing tikus ni..
bapa sauara say meninggal hari ini disebabkan penyakit ini....sangat sedih.semoga kami sekeluarga dilindungi dari penyakit ini.Ya Allah minta dijauhkan dari semua ini.
Post a Comment