Tapi lepas baca review dari blogger Irine, terus rasa nak mencuba.. Lagipun memang dah lama MJ mencari Susu Kambing Segar ni. Yang istimewa Susu Nubians ni bukan apa, sebab ianya ada penghantaran ke rumah.. wahhh tu yang syiok.. tak payah pergi cari supermarket segala, order dan terus dihantar ke rumah.. Kalau korang nak tengok area rumah korang cover tak, jom klik NUBIAN GOAT's MILK
Botol comel 200ml berharga RM5 sebotol. Untuk minggu permulaan MJ order 3 botol dulu sebab nak rasa kan, takut tak kena selera tekak rugi je beli banyak-banyak kan.. Bila minum terutama masa sejuk, perghhh memang layan abes.. Sedap tau... Bau kambing pun tak bau sangat.. Rasa nyesal pulak order 3 botol je... hehehee dah la servis penghantaran diorang seminggu sekali je :)
Dan minggu selepas tu, ha ambik 15 botol terus borong, senang buat stok untuk seminggu sebab minggu depan diorang akan hantar lagi. Lagipun nak order banyak-banyak kang tak 'celuih' peti ais pulak :)
Tips nak simpan agar Susu Kambing terus segar ialah bukan simpan di peti sejuk beku ataupun di bahagian sayur ye, TAPI!!! di bahagian wap peti sejuk keluar, macam peti ais rumah My Mum 3 pintu, jadi di pintu tengah ada bahagian wap keluar antara tempat beku dan tempat biasa.. Kalau yang tak tau tu ha cepat balik rumah p check ye :)
Jom kita tengok antara Khasiat dan Kelebihan Minum Susu Kambing
Dan korang boleh je Google untuk mendapatkan lebih maklumat.. Sumber diperolehi dari SINI
46 Yang suka berceloteh:
banyak tu susu kambing ni
kurang bau ea yg ni?
tu diaaaaa... susu kambing terbaik yea.. kena peti sejuk besaq lagi baru celuih..
erk, ein xminum susu... huhu
tak suka susu..lagi haru..hihihi..
Emm banyak gak kebaikan susu kambing ni yer..baru saya tahu,..hehe
Baru je nampak jenama ni semalam kat tesco.. tapi RTC RM3.63. Kami bayang kan harga sebenar mesti mahal...tapi padanlah dengan khasiatnya berbanding susu lembu...
sedap lau mnm fresh taw...hehe
Kepada pasangan yg sukar dpat zuriat susu kambing salah satu usaha juga ni Myra...
salam MJ..
terbaik ni.. cma mmg tgh mencari2 susu kambing.. nk bg hubby & anak2 minum..
harap2 adala penghantaran kat area pj ni...
org kata kalau baby yg kena kuning pun elok minum susu kambing ni
wa kemain banyak stoknyer tu...
tp cmne pon kita tetap cm xleh telan gak susu kambing nii..ermmm -__-
huhuhu.. zura nih x reti minum susu segar.. susu penuh krim pon x bape nak minum. kalo susu campur coklat baru boleh minum.. hhuhuhu.
penah minun ss kambing yg dijual kt kedai mamak ngan kt Puncak Mutiara Cafe...minum mmg rasa lain sket..hehe.
tp org kata pns kan ss kambing ni..
akak tak suka susu kambing ni, tp kalau tak berbau mmg boleh minumlah kan
sy kurang cikit kalau susu kambing minat susu lembu je haha
banyaknya beli. ^_^
baguslah susu nih. banyak khasiat. terbaik!!
baru pertama kali bli hi goat tu..tu boleh tahan ,,slu bancuh dengan air panas baru le lalu nak minum klu tka jgn harap nk minum
Thank you for making this interesting article. I'm happy to visit here
Cuba campur susu kambing dengan madu. Mesti lagi sedap.
wah banyak tul susu utk stok haaa
baguslah kalau kena ngan tekak , kalau tidak payah juga nak minum kan dik .. ;)
akk setakat nie vitagen je lalu huhu
mandi susu kambing pernah try minum tak pernah lg..hehe
susu kambing kan minuman sunnah Nabi s.a.w
saya suka sebab ianya tidak mendatangkan alahan sakit perut seperti susu lembu
begitu kuat pengaruh entry seorg blogger kan ;)
well, susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu, dan ia juga susu fevret rasulullah ;)
Banyaknye...sedap ke myra ?
fulamakkkk...byknya MJ wat stok. jaa pun kureng susu kambing ni. risau kot bau kambing...hihi.... kalo dpt yg xde bau pastu fresh pulak mmg best arrr....
ramai juga yang tak minum susu kambing, rugi sikit, memang banyak sangat khasiatnya dan makanan sunnah
susu kambing memang banyak khasiatnya.. terbaik :)
x pernah minum susu kambing, mcm mana ya rasanya.. khasiat mmg dr dlu terkenal, penuh kebaikan
mmaf yer.. lama x singgah cini, bz amat, ni pon tgh meeting, curik kejap bw
Oooo... Sekarang dah tau kat mana nak cari... Sebelum nie hny minum yang macam susu tepung tu je...
skang ni ngah bg baby susu kambing gk..boleh elak jaundice gk..
Cheq suka minum yang fresh RM15 kalau tak silap. Lepas2 peghah tu teruih minum. Sedap tapi tula bau dia kuat sangat.
xberani nak try.. memang xberapa suka susu...
nak gak try susu kambing ni. asyik susu lembu je.hmmmm
buat stok lagi...akak ni air yg dicampur susu langsung tak minum..apatah lagi susu yang ori..hehehe
kak mj, nadia tak pernah pon minum susu kambing sebab mind set susu tu bau kambing. huhuh
OOo simpan kat tempat wap? ida sokmo simpan tempat beku.. hihihihihi
alhamdulillah jumpa juga.
mj, ciksu pon lama mencari.asyik tya yg dekat pasar malam hbis stok.. huhu
*mj minum la dgn kurma..blend
usaha utk dapat zuriat juga.
*ciksu minum dgn susu hi-goat sbelum ni tp kurang sikit
*sbb ada yg pesan kalau boleh cari susu kambing asli
*kena minum suami isteri tau
kita usaha.. in shaa ALLAH
xpnh minum jnama ni tp pnh la minum susu kmbing...
Terima kasih kerana menyokong Nubian Goat's Milk. Mintak izin mempromosikan susu ini disini. Saya ada membuat penghataran ke rumah untuk penduduk di Melaka. Sila hubungi saya Haffiz 0122121651 atau email ke ngm.melaka@gmail.com. Juga boleh melayari facebook saya di Nugomi.Melakahomedelivery.
Terima kasih semua yang menyokong.
Baru lpas minum susu kambing..sdap! apa yg sy faham..konsep simpan susu segar ni sama dgn cara simpan breast milk..sebaiknya letak tempat beku..then agak2 esok nk minum baru turunkan ke bahagian bawah..susu segar bleh tahan (kualitinya) 1 bulan di bahagian beku, dan hanya tahan 2 hari di bahagian bawah..wallahua'lam..
hi.sesape nak carik susu kambing mcm kat atas ni,boleh call no saya 012-2331147.saya bwk dari kilang terus ke rumah anda,nak susu segar pun ada,info lanjut layari shttp://susukambingkl.blogspot.com/ kualiti terbaik rasa terbaik
Minum susu kambing segar (suam) + satu sudu madu asli + 3 biji kurma (direndam dalam susu) selepas makan malam untuk kesegaran badan.- susu kambing yang berkhasiat
Macam mane nak beli, contact person? How to contact.
Assalamualaikum..
Susu kambing mmg banyak khasiat.. Dulu sy xsuka susu kambing, tapi lepas minum susu kambing asli Tohafah Farm saya jadi suka.. Sbb die ada jual yg perisa jugak n kurang hamis.. Sesiapa yg nak cuba dptkan susu kambing Tohafah farm boleh pm or call 0132070605 ..
Post a Comment