MJ merasakan yang diri ini belum cukup layak untuk berkongsi tips apatah lagi berkenaan hal rumah tangga kerana kami juga masih dalam proses pembelajaran, tapi tak mengapa mana tahu dari perkongsian ini kita juga belajar bersama-sama kan. Mana-mana pun pasangan suami isteri pasti menginginkan kehidupan rumah tangga yang sentiasa bahagia dan dilimpahi rahmat Ilahi, kan?
Usia perkahwinan MJ dengan suami boleh dikira setahun jagung, sebab baru nak melangkah ke usia 4 tahun perkahwinan, masih banyak ranjau duri yang perlu ditempoh, kerana perkahwinan bukanlah untuk jangka masa singkat tetapi untuk selamanya dengan berkongsi kasih.
Tapi apa yang boleh MJ kongsi dengan semua berdasarkan pengalaman tak seberapa MJ dan juga dari sumber bacaan ialah :
1. Suami mahupun isteri tahu akan tanggungjawab masing-masing
- Ini penting bagi membina kerukunan rumahtangga, tidaklah hanya satu pihak yang merasa terbeban dengan tugas dan tanggungjawab sedangkan pihak satu lagi boleh melepas tangan terutamanya jika Isteri bekerja bagi meringankan beban kewangan keluarga dan juga punyai anak untuk diuruskan.
2. Berkongsi
-Maksudnya disini berkongsi rasa suka, duka, sedih, tawa bersama-sama dan tiada rahsia di hati barulah tidak timbul syak wasangka, cemburu yang melampau dan sebagainya
3. Jaga kehormatan diri
-Para Isteri WAJIB menjaga kehormatan diri, maruah suami dan keluarga
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.” (riwayat Al-Tabrani) - Sumber SINI
4. Kasih Sayang
-Pupuk dan bajailah kehidupan rumah tangga dengan kasih sayang, contohilah kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW
5. Mandi bersama
- Apa salah sesekali atau berkali-kali mandi bersama, dengan cara ini memang akan dapat mengeratkan hubungan, cuba kalau tak percaya..hehee
6. Rancang Perbelanjaan bersama
- Bagi rumahtangga yang baru dibina pastinya sumber kewangan akan sedikit goyah, sebab tu kena merancang (selalunya Isteri yang menjadi pernacang kewangan) apa yang perlu diberi keutamaan dan apa yang perlu ditangguhkan dulu.
7. Luangkan masa bercuti bersama
- Sesekali pasangan suami isteri perlu pergi bercuti bersama (honeymoon) untuk mengeratkan lagi hubungan, sekurang-kurangnya setahun sekali. Kalau ada bajet lebih ok aje berkali-kali pun.
8. Seks
- Pada MJ isu ni sangat penting, sebab sebaik diijabkabulkan yang Haram dihalalkan dan termasuklah menghalalkan hubungan suami isteri.
- Jadi bila masing-masing 'seronok' dengan pasangan insyaAllah rumahtangga akan boleh kekal bahagia. Penting untuk suami mahupun isteri cuba penuhi keinginan dan kehendak pasangan tau.
9. Hormat Menghormati
- Bila Isteri menghormati suami, suami juga menghormati Isteri, masing-masingjaga tingkahlaku, jaga pertuturan pasti kebahagian akan sentiasa disinari.
- Isteri mahupun suami menghormati keluarga mertua
10. Gaduh
- Ada artikel yang dikeluarkan suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya seminggu sekali, walaupun rasa macam lawak tapi ada benarnya sebab bila kita gaduh manja gitu, ia akan mengeratkan lagi perhubungan tersebut. Sebab masing-masing akan cuba perbaiki kekurangan tersebut.
11. Sabar / ANAK
- Sabar apabila diberi ujian, seperti kami suami isteri walau sudah menjangkau usia 4 tahun perkahwinan tapi masih belum dikurniakan rezeki ANAK. Seperti kata orang ANAK adalah pelengkap keluarga tapi walaupun kami masih diberi ujian ini, dirasakan kehidupan kami tetap lengkap kerana kami saling melengkapi antara satu sama lain.
- Lain orang lain ujiannya, dan ujian kami adalah ANAK, telinga dah 'bernanah' dengan pertanyaan orang tapi bukan kuasa kami untuk menentukannya, siapa tak cemburu bila tengok orang lain dengan anak-anak tapi takpe kami masih menanti dengan sabar..hehee.
12. Memuji dan Memohon Maaf
- Satu ayat yang dilafazkan tapi mempunyai kuasa besar dalam rumah tangga iaitu Mohon maaf, hati yang rajuk pasti dapat disembuhkan dengan ungkapan maaf. Saling memaafkan dan memohon maaf selalu antara suami isteri adalah pelengkap kebahagiaan.
- Suami pun kenalah puji isteri selalu samada puji masakan ke, penampilan ke dan jangan terlebih puji pada yang tak berasas pulak, kang dikatanya perli..hehee
Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh diperolehi, dan apa yang disenaraikan adalah melalui pengalaman MJ juga
Rumahtangga mana yang tak dilanda badai, pastinya akan berlaku sedikit pertelingkahan, masam muka, rajuk di hati tapi semua tu boleh diselesaikan dengan teknik dan cara yang betul. Masing-masing kena tahu teknik pujuk memujuk disamping merenung kembali punca berlaku pertelingkahan tersebut.
Emosi dan amarah perlu dikawal supaya bom tidak akan terus meledak, buruk padahnya.
Kagum dengan Tuan Denaihati, walau pelbagai ranjau onak duri selama 25 tahun bersama isteri tercinta, rumahtangga mereka tetap harum subur, dan moga berkekalan selamanya :)
Doa untuk dijadikan amalan, sumber SINI

USAHA + DOA x TAWAKKAL - PUTUS ASA = INSYA ALLAH (Itu yang selalu kami amalkan)
12. Memuji dan Memohon Maaf
- Satu ayat yang dilafazkan tapi mempunyai kuasa besar dalam rumah tangga iaitu Mohon maaf, hati yang rajuk pasti dapat disembuhkan dengan ungkapan maaf. Saling memaafkan dan memohon maaf selalu antara suami isteri adalah pelengkap kebahagiaan.
- Suami pun kenalah puji isteri selalu samada puji masakan ke, penampilan ke dan jangan terlebih puji pada yang tak berasas pulak, kang dikatanya perli..hehee
Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh diperolehi, dan apa yang disenaraikan adalah melalui pengalaman MJ juga
Rumahtangga mana yang tak dilanda badai, pastinya akan berlaku sedikit pertelingkahan, masam muka, rajuk di hati tapi semua tu boleh diselesaikan dengan teknik dan cara yang betul. Masing-masing kena tahu teknik pujuk memujuk disamping merenung kembali punca berlaku pertelingkahan tersebut.
Emosi dan amarah perlu dikawal supaya bom tidak akan terus meledak, buruk padahnya.
Kagum dengan Tuan Denaihati, walau pelbagai ranjau onak duri selama 25 tahun bersama isteri tercinta, rumahtangga mereka tetap harum subur, dan moga berkekalan selamanya :)
19 Yang suka berceloteh:
Bagus tips ni. Boleh buat peringatan utk diri.. akak pun kawin tahun sama, mei 2009.. semoga ada tips peringatan macam ni kita sama2 lebih bahagia.
lepas usaha... kita doa pada Dia...
thanks MJ di atas perkongsian ini. Ada benda yang kita mmg dah tau tapi perlu sentiasa diingatkan.
bahagian semua orang suka kalau boleh nak hidar derita tapi dugaan hidup
apabila MJ cakap dengan pengalaman ianya berikan sesuatu lebih bermakna pada pembaca yang bujang cam abang nie
samalah kita MJ.. dugaan berkaitan anak.. terima kasih atas perkongsian.. :-)
semoga hubungan kita dengan pasangan masing2 bahagia selalu hendak-Nya...
Berdoa kepada Allah itu pentingg snagttt :D
Bagus tips ni Kak Myra Jay.. sangat berguna especially untuk yg akan berkahwin :D thanks..
Sama samalah kita beringat..
Peringatan itu penting..sebab kita manusia,sering alpa..TQ kongsi tips ni :)
bagus tips yg diberikan..
tips mandi bersama yg best tu... heee
Jutaan terima kasih kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.
apa yang penting...kerjasama...hehehehe...biasalah mj..kalau tak sabar dengan ujian mmg tak boleh bahagia
salam MJ..
ALhamdulillah utk perkongsian.. :)
Wah siyes terbaik sharing kat sini.. byk input positif.. :)
moga kekal bahagia ya sis
terima kasih atas tips ni akak!tunggu kawen baru tau susah senangnya..huhu
Alhamdulillah...semoga sentiasa rukun damai...
bab yg mandi bersama tu rasa segan.. ahhah
Post a Comment