Assalamualaikum,
Saya sebenarnya kalau boleh tak mahu lagi menceritakan tentang kisah MH370. Terlalu banyak berita dan spekulasi dihidangkan pada kita setiap hari. Namun terkadang timbul pula niat untuk menyatakan sesuatu pendapat serta pandangan apabila ada sesetengah isu yang saya rasakan amat tidak patut diutarakan tambahan lagi dengan kata kata yang kasar serta menyakitkan hati sesetengah pihak yang lain
Perlu saya nyatakan disini sebelum saya membuat sebarang kenyataan, ulasan ataupun pandangan ialah saya bukanlah pakar dalam sesuatu bidang malahan saya hanyalah rakyat marhein sahaja. Jadi sebarang kata kata saya mungkin terbit dari pengetahuan saya yang cetek ini
Sebenarnya saya merupakan salah seorang peminat kepada rancangan rancangan dokumentari yang ditayangkan di kaca TV ataupun astro seperti National georaphic, discovery dan history channel. Di antara yang menarik minat saya ialah air crash investigation dan second from disaster yang menceritakan penyiasatan terperinci tentang kejadian kapal terbang yang terhempas. Apa yang saya dapati dari pemerhatian saya terhadap koleksi cerita cerita penerbangan ini ada di antaranya mengejutkan saya.
Mungkin ramai tidak tahu bahawa sistem penerbangan dan rekaan pesawat mempunyai banyak "kecacatan" didalamnya. Menurut pakar aviasi didalam rancangan tersebut, sistem penerbangan dan rekaan pesawat mempunyai kecacatan atau kelemahan didalamnya. Malangnya pihak yang bertanggungjawab hanya akan melakukan perubahan setelah berlakunya kemalangan.
Mengambil contoh dari kata katanya ialah rekaan boeing 747. Walaupun dikatakan antara ciptaan terunggul boeing, ia mempunyai kecacatan yang pernah mengorbankan beratus penumpang didalamnya hanya kerana alat untuk menggerakkan rudder control pesawat bertukar menjadi terbalik setelah mengalami perubahan suhu yang sangat extreme. Pilot pesawat tersebut gagal mengawalnya lau menyebabkan ia terhempas. Keduanya ialah kes tayar pesawat terbakar yang melemas keseluruhan penumpang dan krew seperti yang diceritakan didalam media akhir akhir ini.
Jika ini kita jadikan sebagai pengajaran kita tentu akan lebih berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan atau spekulasi mengenai kehilangan MH370 kerana mengetahui bahawa kemungkinan kelemahan rekaan pesawat itu sendiri juga merupakan punca terjadinya nahas pesawat
Keduanya, kesilapan manusia sering berlaku dalam penerbangan yang mana ada diantaranya menyebabkan berlakunya kemalangan. Diantaranya kesalahan penyelengaraan yang gagal mengikut protokol pengendalian pesawat sepenuhnya. Sebagai contoh satu kes dimana pihak petugas penyelengaraan pesawat melakukan kesalahan yang baginya dianggap kecil iaitu menukar satu skru yang tidak sama saiz dalam pesawat yang menyebabkan punca pesawat meletup di udara. Ya, kesilapannya hanyalah menukar satu skru sahaja. Akan tetapi bukanlah disebabkan puncanya dari skru itu sahaja yang menyebabkan kapal terbang itu meletup, ianya juga disebabkan "rantaian" kesalahan kesalahan design pesawat itu yang menyebabkan berlakunya letupan. Terlalu panjang untuk diceritakan disini. Apa yang pastinya kata kata penyiasat nahas pesawat ialah "kesilapan kecil tidak menyebabkan berlakunya malapetaka tetapi kolektif dari kesilapan - kesilapan kecil menyebabkan berlakunya malapetaka."
Ada juga kesilapan dari pihak pilot sendiri yang melakukan kesilapan antaranya kes gimli glider plane dimana pilot melakukan kesilapan dalam mengira jumlah bahan api pesawat yang menyebabkan kekurangan bahan api seterusnya menyebabkan kapal tebang hanya dapat dikawal dengan turbin angin sahaja. Kecekapan kapten pesawat tersebut yang mengawalnya dengan hanya menggunakan bantuan elektik terhad yang dijana oleh angin berjaya menyelamatkan keadaan.
Ada kapten yang gagal membaca maklumat panel seperti tertukar daripada auto kepada manual seperti yang terjadi kepada Helios Airways Flight 522 yang digelarkan ghost plane. kegagalan kapten menukar switch tekanan udara didalam pesawat kepada auto menyebabkan kekurangan oksigen didalam pesawat menyebabkan kesemua penumpang dan kru meninggal diatas awan. Dan bermacam macam lagi kesilapan pilot yang boleh diceritakan.
Akhir sekali kesalahan dari pihak penerbangan juga tidak terkecuali. Ada yang melakukan kesalahan dengan membuat jadual penerbangan yang padat sehingga tidak memberi ruang rehat yang cukup untuk krew pesawat. Ada juga yang masih memakai pesawat yang melebihi jam penerbangan yang sepatutnya telah lama dilupuskan yang menyebabkan berlakunya nahas. Antaranya PAN AM airline yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan seperti diatas dan didenda hingga juatan ringgit menyebabkan ia muflis
Apa tujuan saya ceritakan kejadian ini. Tujuan saya tidak lain adalah dari kerana mahu memberitahu perihal double standard pihak media asing terutamanya dari barat. Kejadian kesilapan dan kemalangan dalam penerbangan bukanlah perkara baru. Kejadian ini telah berlaku dan terus berlaku. Namun apabila kejadian ini terkena kepada bangsa ataupun negara dari barat, tidak pula berlaku kejadian tunding menunding jari keatas pihak berkuasa ataupun syarikat penerbangan. Kejadian yang saya ceritakan diatas kebanyakannya dari kesilapan manusia dan boleh dikatakan kebanyakan dari negara negara barat. Tapi mereka tidak pula menyalahkan syarikat penerbangan dari sana sedangkan sudah terbukti sesetengahnya dari kesilapan mereka sehingga menyebabkan ramai terkorban. Akan tetapi apabila kejadian ini berlaku pada bangsa lain maka bergondonglah para wartawan mereka mencipta berbagai versi cerita yang boleh kita lihat tujuannya tidak lain hanyalah untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan negara Malaysia dimata dunia. Jika kita boleh lihat semasa press statement, soalan yang dikeluarkan lebih tertumpu kepada ayat perangkap dan soalan soalan jahat dengan niat yang tersembunyi. Keluarga mangsa yang dalam keadaan emosi yang tidak stabil mudah menghadam apa sahaja cerita yang dikeluarkan kerana apa yang mereka mahukan adalah kepastian tentang status mangsa sedangkan itu tidak dapat diberikan oleh kerajaan Malaysia.
Oleh itu janganlah kita menjadi seperti pihak media barat yang hanya tahu memburukkan nama negara kita. Hentikanlah penyebaran cerita cerita yang tidak membawakan sebarang faedah. Jika benar, tunjukkanlah bukti bukan hanya sekadar cerita kerana semua orang boleh bercerita tapi berapa ramai yang mengemukan bukti dalam penceritaan.Sedarlah akan kita bahawa bangsa yahudi dan nasrani tidak pernah akan redha terhadap kita. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk mengheret kita menjadi serupa mereka. Bukan negara kita sahaja yang disasarkan bahkan sudah banyak negara yang menjadi padang jarak padang terkukur hanya kerana tidak mahu mengikuti telunjuk mereka. Keadaan kita sekarang amat terdedah kepada tindakan untuk menjatuhkan kita. Sekarang mereka boleh melabel kita dengan pelbagai gelaran.
Jadi apa yang saya harapkan ialah sama sama kita bersatu atas tali perpaduan ikhwanul muslimin dan menurut perintah Allah SWT dan rasulNya. Dengan cara ini sahajalah kita dapat menghindari fitnah dajjal di akhir zaman. Wallahua'lam
P/S: sama sama kita doakan untuk mangsa MH370 dan saudara kita di mesir yang dizalimi agar kita terhindar dari bala Allah SWT
Oleh: Mr Jay
** ini merupakan pandangan peribadi penulis
Untuk rujukan:
gimli glider
Eastern Air Lines Flight 401
Helios Airways Flight 522
TWA Flight 800
China airflight 120
Pan american airway
Air crash investigation
Second from desaster
Mega builder
17 Yang suka berceloteh:
Pray for MH370. Moga2 ditemukan jalan
PrayForMH370.
Walaupun PM dah umum yg MH370 ended kat Lautan Hindi tu tapi tetap berharap yang semua penumpang dgn krew selamat.
Assalamualaikum,
perangai orang kita sendiri, lebih percayakan penjajah hu huhu hu
semoga usaha mencari & menyelamat menemukan MH370 biar apapun keadaannya.
National Geographic bestnya lahai. Siapa yang tak faham boleh faham
ya, media barat memang hebat memanipulasi berita.apatah lagi untuk negara Islam
Bagusnye MJ rajin tengok NG etc...
tu la..risau dengar mcm2 cerita pasal mh370... semoga la kita semua terpelihara dari anasir2 jahat yg nampak ataupun tak...
benda kalau nak jadi...mcm2 cara boleh jadi penyebab.
air crash investigation memang menarik, analisys secara teknikal, kadang-kadang masalah puncanya masalah kecik atau "human error" yang menyebabkan "major disaster". "second from disaster" yang berkaitan dengan persawat pun menarik juga. tak kurang hebat theory conpriracy (kalau tak silap) memberikan kita peluang berfikir lebih jauh...
Setuju tu.. tak tahu kenapa orang malaysia sendiri nk memburuk2kn nama malaysia tu sendiri..
Apa pun selagi belum pasti dgn mata kasar kita umat islam harus terus berdoa ..
yelah..janganlah kita menambah lagi kekeliruan negara kita dalam menangani tragedi ini..
itulah mj..takut juga MH370 menerima nasib y serupa dlm aiir crash ni..ntahlah sesungguhnya ada hikmah di seblik kejadian..ALLAH jua MAha Mengetahui
bila nak selesai kes nih, nampak macam lama lagi nih...
i agreed!
pernah tengok ACI dapat emergency landing dan semua penumpang selamat..punca rosak sebab ais beku tak dicairkan... tu je...
biasalah yahudi...
salam Mr j
terlalu byk spekulasi dan cerita2 disana sini..
hanya mampu berdoa agar allah bukakan jalan utk menemui peswat MH370
AMIN..
Betul2 setuju sangat. Belum tahu apa yg sebenar-benarnya terjadi dah pandai2 buat spekulasi sendiri mcm dorg ada dlm pesawat tu
sampai skrg xtahu apa sbnamnya yg dh berlaku kan...
betul MJ org kita selalu dimomok momokkan media barat...diorg mencari kelemahan ngara dan krjaan kita..sedangkan diorang?perfect sgt ke?
Post a Comment