Masa nak check in ni ada sikit masalah, yela masa booking MJ thru email cik Nadia yang cuma bagi booking No, tapi bila nak 'check in' staf kaunter minta surat booking, dah tercengang la MJ, bila bagi booking No pun dia tak dapat nak cari. At last maybe staf ni call cik Nadia kemudian baru kami diberi bilik.. fuhh!! lega..
Kami dapat bilik di tingkat 4, best sebab biliknya 'besar' dan sangat selesa. Kami dapat harga promosi RM90 rasanya normal price RM150++ kalau tak silap. Kami pilih bilik yang ada jendela sebab rasa 'rimas' kalau tak ada jendela ni ha ;)
Hotel kami menyediakan 7 jenis bilik untuk pelanggan kami, iaitu:
Standard Single (tiada jendela)- untuk seorang termasuk sarapan pagi seorang dan percuma Wi-fi
Standard Double (tiada jendela) untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Standard Double (tiada jendela) untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Standard Double - untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Superior Twin - untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Superior Triple - untuk 3 org termasuk sarapan pagi 3 org dan percuma Wi-fi
Deluxe Quad & Family Deluxe- untuk 4 org termasuk sarapan pagi 4 org dan percuma Wi-fi
Tilam yang empuk, bantal yang gebu, memang selesa sampaikan rasa sayang je nak bangun dari katil tu..hahaa
Tilam yang empuk, bantal yang gebu, memang selesa sampaikan rasa sayang je nak bangun dari katil tu..hahaa
Tandas pun selesa dan bersih
Jadi hotel ni sangat sesuai buat semua samada bujang, kelamin mahupun keluarga sebab di tengah kotaraya dengan harga yang berbaloi dan bajet, cuma part parking tu yang susah sikit yang lain2 ok.
Nak tengok hotel bajet lain sekitar Jalan TAR/Masjid India boleh terjah SINI ye.
35 Yang suka berceloteh:
dah la murah selesa plak.. mmg ok sgt la kan...
balance budget utk hotel bleh shopping hehee
berbaloi tu RM90, susah nak dapat kat tengah bandar KL harga camtu.. paling penting dekat dengan tempat shopping, kan hihihi
menarik kat sini... dekat dgn gm dan sogo i lioke ... tapi bab Parking yang spoil tu MJ.. huhu sayang kan kereta lagi... nak tidok pun tak lena... selalu pi kl tidur hotel plaza jauh sikit dari sogo @ prescot in ni boleh gagah.. ok sket...
yg penting ada parking... rasa selamat sket..
murah N selesa tu yg penting...
Untunglah Myra dpt special price.. selesa pun ye juga.
ok laa, nama pun hotel bajet kan..pegi pun bkn nak tido kat dlm hotel ja kan..
Suka dengan tema warna pada tandas. harga sangat berpatutan pula tu.
bersih kemas dan selesa dan bau wangi tu yang best kan maira :)
Zaman sekarang ni kalau ada wifi dah ok sangat. Tak kisahlah biliknya macam mana. Haha
sgt sesuai utk mereka yg ingin jimatkan duit poket dan sambil berjimat keadaan hotel pun ok..jadi kira win win situation la ni...hehe
Dekat dengan shopping complex. Sangat bahaya. :-)
kl banyak hotel cuma rajin mencari sahajakan :)
boleh sangat..murah..bersih..dkt dgn tempat shooping..
murah , bersih dan kemas... bestnya.. terima kasih berkongsi
RM90 je? Murahnya... berbaloi2.. bilik nampak macam besar jugak.
bule tahan juga harganya...berapa bintang ni?
wah, bestnya duduk hotel sekali sekala kan..
Okay jugak harga hotel tersebut..
murah rate tu myra, siap pakej pergi shopping lagi tu ;)
hotel kt kl bla kn ms nyer mmg akn dpt yg murah2
nak cuba nanti kalau nak bershoppping baju raya kat JTARtu... senang nak gikan..
Seronokkan dapat harga murah..rasa nak duduk lama2 je kan
bagus la bila hotel budget macam nie pun kasi free wifi....hotel 3 bintang pun still ada yang kena bayar kalau nak servis internet
salam MJ..
smart la..kemas lagi..mmg berbaloi dgn harga...
tenkiu info :)
janji bilik luas
ada wifi
selesa
bersih
harga berpatutan
dan ada free bfast mmg berbaloi2 haha
Janji kemas kan dan selesa.
Yg pntg bilik de wifi...selesa dan bersih...
nmpk selesa ja bilik tue, kemas...
murah sangat, luas dan selesa, memang susah nak dapat macam tu.
murah kan.tgh bandar kl.nk dpt rega ni mmg payah la.dgn bilik besar selesa kan.kemudahan berdekatan pon byk kan
Not bad kan kak. Selesa tapi itulah takde rezeki jumpa akak di sana.
Tapi satulah neotel hotel ni sangat sesuai bagi yang guna public trasnport.
Kat jalan TAR tu ada banyak juga hotel2 bajet pilihan...
Mmg parking susah ke kt hotel tu? Nk tau sgt hotel mne yg sediakan parking mgu ni nak pgi kl..huhu
@HONEYZ
Nak kata susah sangat tu taklah, cuma ruang parking adalah bebas, jadi pandai2 lah.. :)
okla kan..janji selesa dan bersih..bookmark..
Post a Comment