InsyaAllah jika tiada aral keluarga MJ akan ber 'Family Day' di sini. Tempat ni adalah kali ke 2 untuk MJ dan suami. Memang ada niat untuk percutian seterusnya MJ nak bawa family ke sini dan Alhamdulillah niat MJ dipermudahkan. Sebabnya kali pertama 5 bulan MJ menunggu dan yang kali kedua ni cuma 1 minggu je.
Diluar perancangan sebenarnya sebab perancangan asal untuk ke Cameron Highland, akan tetapi disebabkan 'kebetulan' ada kosong di situ (sebab pelanggan asal batalkan tempahan) dan tanpa berfikir panjang MJ terus 'booked'. Kalau nak tunggu booking lambat jugak la nak sampai giliran kita, yela chalet ni hanya mempunyai 5-6 buah rumah sahaja.
Diluar perancangan sebenarnya sebab perancangan asal untuk ke Cameron Highland, akan tetapi disebabkan 'kebetulan' ada kosong di situ (sebab pelanggan asal batalkan tempahan) dan tanpa berfikir panjang MJ terus 'booked'. Kalau nak tunggu booking lambat jugak la nak sampai giliran kita, yela chalet ni hanya mempunyai 5-6 buah rumah sahaja.
Bestnye, dah terasa-rasa kesejukan berendam dalam kolam ni.
Apa yang best disini, dengan keindahan kawasan kampung, chalet ni memang sesuai untuk yang ingin lepaskan tekanan sambil menikmati keindahan. Setiap 'rumah' mempunyai 'private pool' tersendiri. Kalau nak yang mahal ada, nun jauh di Grand Lexis Hotel. Sana air kolam buatan tapi yang ni original dari air sungai/air terjun... sejuk dan nyaman.
CHALET SITI KHADIJAH (C)-2 bilik +
ruang tamu + dapur-2 katil queen size + xtra 3 tilam single- kapasiti 7
org (t'pulang kpd pelanggan, tiada had maximum)- 2 tandas-1 kolam mandi
(kedalaman 4 1/2 kaki)- tempat BBQ1/2 HARI = RM 200 (c.in 11 am - c.out 6
pm @ c.in 7 pm - c.out 10 am)1 HR 1 MLM = RM 300 (c.in 11 am - c.out 10
am @ c.in 7 pm - c.out 6 pm)*tahap kejernihan air kolam bergantung
kepada air sungai
Kalau korang nak baca pengalaman pertama MJ di tempat ini boleh terjah entry ni >>> SALAK DENAI
Oh ya boleh terjah FB Salak Denai ni untuk update terbaru, mana tau rezeki korang andai ada yang cancel dapat la korang cepat.
p/s : Nak booking boleh call no ni : 012-5376151 tapi korang jangan marah/putus asa jika call/sms tak berjawab (kita kena faham situasi 'owner' yang tak menang tangan menerima call/sms setiap hari bukan seorang dua malahan berpuluh dan tak mustahil beratus setiap hari) InsyaAllah jika anda meninggalkan SMS dan walaupun lambat SMS anda akan tetap berbalas.
28 Yang suka berceloteh:
tmpt sama hari tu MJ p kan... wahhhh air nyer....
tu la ranya myra penah cite pasal tmpt ni kan
menarik la tmpt ni, cantek
actually kat area mana sbnrnya salak denai ni?
denaihati tau la heheheh
kira air kolam tu dr sungai le ek myra..bestnye sure sejuk2 bila mandi
Area mana ni mj. belah utara atau tengah atau selatan?
sronoknyeee..tringin nak pergi..insyaAllah lepas bersalin nnti nak paksa jugak suami pegi sini..^^
macam best jek tempat ni...nanti jangan lupa share ye kat blog..family day tu...
Haha..memang rasa macam nak pergi hari ni jer..best tengok kolam renang macam tu..
Cantikkkknye tmptt..nie budak2 la sonok siap ade gelongsor lagi..
menarik tuh... lioek sgt....
tapi area mana yer?
Cantik tempat ni mesti seronok :)
Cemburunya..selamat bergembira bersama family, semoga MJ sihat lama tak berkunjung ke sini terasa rindu pula..
bestnya teringin nak pergi bercuti kt tempat mcm ni, nyaman je
Semua Chalet ada kolam didepannya ker? Wau best gak tu. Anak2 kawe sure tak masuk tido..berendam 24 jam :D
nampakmacambest chalet ni,
buat family day mesti gempak :)
wah seronoklah nanti..lebih elok air semulajadi dari air buatan manusia yang sah-sah klorin banyak.
Wah! macam best jer... dua bilik dua double bed...rasanya dah cukup selesa dah utk 7 orang ni kan..
saya tahu pasal salak denai ni pun through blog akak ni la.terus book.sekali kosong lepas raya nanti.sabar je la.harap2 takda pape hal la bila tarikh yang di book tu tiba. :)
Wow! Air kolam tu dari air sungai??
Bestnya MJ nak revisit Salak Denai ni.
salam
seeejukkk jek nampak air tuh :)
lawanya..boleh alliances dengan depa ni .. xD
best2... slamat bercuti
wah my sahabat bukan main sukalah dia dapt percuti jauh kali ini. semoga semua terus jalan dengan lancar ya
saya ingat... myra pnh cite dulu pasal tmpat ni... best je tgk.. tp tu la, anak kecik lg, cam xsesuai plak nak bwk dorg g...
salam mj..
tempat selesa..harga pun menarik.. insyaallah..ade masa nk try bercuti kat sini jgk la...
harga pun berpatutan ni. teringin pula nak pergi :)
Wahhh bila la boleh ke sini ekk..emmm
macam nak ajak suami dtg sini aje
Post a Comment