10.01.10 ~ 10.01.16
Alhamdulillah sedar tak sedar rupanya dah 6 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri, tak terasa masa yang berlalu.. Sesungguhnya aku bersyukur pada Mu ya Allah dan semoga jodoh kami dipanjangkan, aminnn.
Kata orang 5 tahun pertama perkahwinan (Fasa 1) adalah fasa untuk suami isteri berdepan kesulitan dalam mencari kesenangan, maklumlah masih dalam proses penyesuaian terutama dalam mengukuhkan ekonomi keluarga.
Selepas lalui Fasa 1, kita boleh nampak kedudukan dari segi kewangan keluarga mulai kukuh sedikit demi sedikit, alhamdulillah itulah yang kami telah lalui.
Dan dalam tempoh 6 tahun kami bersama, segala dugaan dan ujian kami terima dengan redha, walaupun kami diberi nikmat kesenangan walaupun tak terlalu mewah, tapi kami masih lagi diberi ujian (zuriat), ikutkan pada usia 6 tahun perkahwinan ni, dah tentulah jika rezeki anak memihak pada kami, anak kami sudah pun berusia 6 tahun kan.. hehehee
Tapi! jika ini ujian buat kami, kami terima dengan redha. Maka perjalanan TTC masih diteruskan.
Oklah taknak coret panjang2, cuma nak bagitau je sempena anniversary ni, kami akan celebrate kat tempat feberet MJ.. Weehhoooo
Dan memandangkan bulan Januari adalah bulan Anniversary termasuklah hari perkahwinan kami pada 23hb Jan (sebelah MJ) dan 24hb Jan (sambut menantu), maka MJ nak bagi special diskaun untuk setiap pembelian : -
1. Mana-mana produk Shaklee
2. JUBAH,
Korang boleh Whatsapp MJ untuk pertanyaan mahupun pembelian, sah sehingga 31 Jan 2015 SAHAJA. Guna kod ANNIV MJ
6 Yang suka berceloteh:
happy anniversary kak MJ>. moga di kurniakan rezeki anak lepas ni.. Amin ya robb!!
Assalammualaikum,hi
Happy anniversary, inshaAllah ada rezeki dapat anak tahun ni. InshaAllah.
Happy Anniversary buat Myra dan suami.
semoga kekal bahagia sampai ke syurga.
CH memang best kan!
happy anniversary MJ.
happy anniversary mj
Post a Comment