MJ rasa nak berbangga dengan diri sendiri pada tahun ini apabila berjaya membuat biskut raya sendiri sambil dibantu oleh adik-adik MJ..(tangan di bahu mata ke atas)
Buat sendiri kuih raya ni dirasakan 1 kepuasan yang teramat sangat, sebab secukup rasa semua. Bukan MJ nak kata yang dijual tu tak sedap, cuma rasa lebih berbaloi jika dapat buat sendiri, jimat kos..hehehehe (tapi bukan 100% kuih raya MJ tahun ni homemade ye, ada gak yang beli cuma 10% je beli)
Buat sendiri kuih raya ni dirasakan 1 kepuasan yang teramat sangat, sebab secukup rasa semua. Bukan MJ nak kata yang dijual tu tak sedap, cuma rasa lebih berbaloi jika dapat buat sendiri, jimat kos..hehehehe (tapi bukan 100% kuih raya MJ tahun ni homemade ye, ada gak yang beli cuma 10% je beli)
Ni biskut pertama yang kami buat Biskut MERINGUE (resepi Right Click), tahun ni tahun ke 2 buat biskut ni sebab sedap punya pasal..hehe
Kemudian biskut kedua buat ialah biskut Femes Emes yang terlupa nak masukkan serbuk koko, maka jadilah biskut berwarna butter..huhuuu diikuti biskut Semperit yang dah lama giler nak makan buat sendiri.
Hari kedua kami buat Shell Tart dan kacau DODOL menggunakan kuali atas dapur gas (ha dodol ni My Mum & Dad yang kacau).
Lagi biskut yang kami buat ialah Biskut PUTERI SALJU dengan MAZOLA versi comey lotey, senang nak makan semulut je masuk. Puteri SALJU dapat buat 2 bekas besar tak sempat nak abadikan gambar habis di HARI RAYA bila sedara mara datang beraya, sedap sangat katanya :)
Hari ke tiga aka sehari sebelum Raya kitorang letakkan inti dan Cheese untuk SHELL TART, inti coklat, pun sama dapat 3 bekas tupperware tinggal sebekas je untuk tuan rumah.. Punyalah sedap kan jadi rebutan..hahahaha
Tart Cheese ni adalah percubaan pertama kitorang buat, sebelum ni beli je sebab suka makan kali ni buat sendiri haruslah vervangga sebab pandai buat kan..hohoooo
Versi selepas dibakar, walawehhh bila dia mengembung gitu rasa berbunga bahagia ooii...
Then My Mum buat 3 biji KEK BUAH, sebiji untuk mertua adik dan juga mertua MJ, sebiji lagi untuk rumah MJ.. Sedihnya tak sempat nak rasa sepotong pun dah habis.. sobsob..
So itulah coretan kuih raya 2016 kami adik beradik, hitung2 balik dekat 10 jenis kuih ha termasuklah POPIA CHEESE, POPIA MILO, POPIA COKLAT dan POPIA NESTUM. Kuih beli Mazola dengan Kuih SIPUT.
Korang lak camne, mesti buat sendiri jugak kan..
Apapun MJ nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, andai selama coretan MJ di blog ini ada mengguris hati sesiapa.
Sekian.
Sekian.
16 Yang suka berceloteh:
tk pernh mkn biskut meringue...akak xbuat lama dh biskut ry
rajinnya MJ..sedap2 pula tu kuihnya, akak semua pun beli je.
Selamat hari raya MJ
nk raya rumah MJ laa sbb ada byk kuih2 sedap ;-)
semua nampak sedap...selamat hari raya myra
buat jugak MK, buat guna jari tunjuk je :p
Seronoknya MJ. Kerjasama buat biskut raya. Siqah semuanya kuih tunjuk je. Hehe
wahh sdpnya tgk..rajin kak.
Wah! banyak nya kuih raya.. =) nampak sedap belaka. Btw MJ, macam mana rasa biskut meringue tu.? x pernah rasa.. huhu
Wah solutelah mj kuih raya semua nmpk sedap2 buat sendiri..yg kuih raya pertama tu susah benar nak menaipnya..nti ada masa bg resepi boleh? Ngan cheese tart tu sekali.hehehe
@Puan Kutu
Kak, resepi Meringue Myra dah update kat Entry, cuma Cheese Tart nanti Myra syer ye..
Mohon pos cheese tart tu.. ehehe
I've always wanted to try buat cheese tart, cuma tiada kesempatan masa untuk buat. Masuk kerja 7:30, sampai rumah sebelum Maghrib. Terus masuk dapur, prepare dinner for my beloved husband. Pastu siap makan and solat, terus terbongkang. I wish I had the time to do everything I love...
Sedih dengan keadaan life sekarang. Masa banyak berada di makmal, tempat kerja saya je...
@♥ aiNa yaZiD ♥
Biskut meringue tu rasa kosong, lebih kurang pavlova punya kulit tu ha.. rapuh2 cair :)
@Nisa'
Samala kita kerja keluar gelap balik gelap, tu yang buat kuih raya ni 3 hari sebelum Raya, siap ambik cuti semata2 nak buat kuih ni :)
biskut meringue tu tingin nk rasa hehehe
memang 1 kepuasan bila dapat buat kuih raya sendiri.. dah 2 tahun tak buat sendiri.. in shaa Allah tahun2 akan datang nak buat juga walaupun tak banyak jenis..
Post a Comment