Diari Umrah : Ziarah Luar Madinah (Part 3)

Alhamdulillah,setelah selesai Ziarah dalam di Madinah, keesokannya kami dibawa untuk Ziarah Luar di sekitar Madinah (16 Nov 2016) pula.

Seawal 7.30 pagi kami kena menunggu di Lobi Hotel dan menaiki bas untuk ke destinasi pertama ziarah kami iaitu Masjid Quba. Kami dinasihatkan untuk mengambil Wudhu siap2 di Hotel untuk mendapatkan pahala seperti sabda Rasulullah SAW :

Barang siapa telah bersuci (berwudhu) di rumahnya. kemudian mendatangi masjid Quba, lalu solat di dalamnya dua rakaat, baginya sama dengan pahala mengerjakan umrah.” (HR Ibn Majah ayat 1412).

Sebelum sampai ke Masjid Quba kami lalu di Masjid Ijabah (yang bermaksud dikabulkan segera oleh Allah) dimana Rasulullah telah berdoa seusai solat dengan 3 Doa tetapi hanya 1 doa telah ditangguhkan oleh Allah. Doa Rasulullah ialah

1. "Ya Allah, jangan dihancurkan umatku dari bencana kelaparan dan kekeringan yang berpanjangan." doa ini dikabulkan oleh Allah.

2. "Ya Allah, jangan dihancurkan umatku dari bencana banjir besar yang boleh menenggelamkan umatku seperti yang terjadi pada umat Nabi Nuh," doa ini pun dikabulkan oleh Allah.

3. "Ya Allah, jangan binasakan umatku dengan pergaduhan dan perpecahan." Tetapi doa ini tidak dikabulkan Allah, sebab itu sehingga kini umat Islam masih dalam pergaduhan dan perpecahan.

Kami sampai Masjid Quba dalam pukul 7.50 pagi macam tu tapi cuaca macam dah pukul 11.00pagi ha 😁

Masjid Quba' - Besar dan Cantik, tempat solat pun selesa.

Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat (dicadangkan oleh Ammar bin Yasir untuk mendirikan Masjid- keluarga ini telah diseksa dengan kejam oleh Abu Jahal tetapi sikit pun tidak mampu menggoyahkan Iman mereka - teringat lagu kumpulan Hijaz - Sumayyah).

"Sabarlah keluarga Yasir,
bagimu syurga di sana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
namun iman di dadamu sedikit
tidak berubah"

"Darahmu menjadi sumbu pelita Iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah..

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah"

Aduiii sambil taip sambil nyanyi sambil terasa bulu roma tegak berdiri sambil airmata bertakung.. Sebak sangat, sambil terfikir adakah kita mampu menjadi sekuat Sumayyah, setabah keluarga Yasir? Ya Allah ampunilah dosa2 kami.. Aminnn...


 Bergambar kenangan tanda diri ini pernah sampai ke Masjid Rasulullah.. 😚
Kat dataran Masjid ni penuh dengan burung Merpati, kita boleh beli makanan burung yang banyak dijual.

Masjid Quba kini telah diubahsuai oleh kerajaan Arab Saudi dengan 3 pintu utama untuk para jemaah dengan 2 darinya untuk lelaki dan 1 pintu untuk perempuan.



Dan kat sini juga kami beli Kurma Hidup maksudnya kurma muda.. Sedap Manis Crunchy Lemak semua lengkap.. 😍😘


 Bahagian dalam Masjid Quba

Dari Masjid Quba' kami teruskan perjalanan dan lalu di Masjid Qiblatain (Masjid yang mempunyai 2 Kiblat). Dahulunya Masjid ni bernama Masjid Bani Salamah.

Masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain kerana turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan kiblat yang menghadap BaitulMaqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah, apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan Baitul Maqdis. Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. "  Surah Al-Baqarah : 144.

Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut. Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Mekah Al-Mukarramah.


Kemudian kami ke Jabal Uhud, tempat dimana berlakunya perang Uhud selepas setahun berakhirnya perang Badar.
Mutawwif cakap sembahyang jenazah di Masjid Nabawi pahala seberat bukit Uhud.. Subhanallah rugi kalau tak ambil peluang kerana solat jenazah memang ada setiap kali waktu solat.


 Berlatarbelakangkan Bukit Uhud

Di Jabal Uhud, korang kalau cari Genggam Fatimah ka Buah Zuriat ka ha kena beli banyak2 kat sini tau sebab kat tempat lain dah susah nak cari dan harganya tak semurah di Jabal Uhud. MJ rasa nyesal beli sikit, dok ingat tempat lain ada lagi.. huhuu 😑  Harga buah zuriat kat sini seketoi SR 1 berbanding tempat lain seketoi SR 2 ke SR 4


Ok ni MJ cerita sikit sejarah Perang Uhud seperti yang diceritakan oleh Mutawwif kami tika kami sampai di Jabal Uhud ni.

Mengapa terjadinya perang Uhud ni??
Peperangan ini terjadi akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir Quraisy terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar yang lalu.
Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam.
Selepas Rasulullah s.a.w menerima berita tentang kemaraan tentera kafir Quraisy, Baginda pun terus mengadakan satu mesyuarat dengan para sahabat dan sahabat bersepakat untuk berperang di luar Madinah dan ke bukit Uhud walaupun pada awalnya baginda ingin bertahan di Madinah sahaja.


Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh.
Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara nabi yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wahsyi bin Harb.


Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut.
Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan..
Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub...
Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam.

Bukit Memanah, tapi kitorang tak panjat sampai ke atas pun 😊

Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang...
Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini.


 View dari Bukit Memanah menghadap Jabal Uhud

Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa serangan bertubi2 di mana tentera musuh (yang diketuai Khalid Al-Walid) yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya.
Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kekacauan dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera sehingga patah gigi baginda.
Tentera Quraisy menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam.

Dalam suasana kalut inilah, Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup...
Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh.
Para sahabat juga melindungi Rasulullah dari serangan tentera kafir Quraisy.. akibat serangan bertali arus, baginda jatuh ke dalam lubang..

Nusaibah (pemberi minum kepada para muslimin) ikut menyekat kemaraan musuh dan mengalami kecederaan di bahunya.. Melihat hal itu, Abu Dujanah melompat ke dalam lubang untuk melindungi Rasulullah dengan belakang badannya.. anak panah yang menghujani lubang nabi Muhammad mengenai belakang Abu Dujanah..
kerana banyaknya anak panah yang melekat dibelakangnya, badannya dilihat seperti belakang landak..



Strategi baru diambil berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba diserang oleh Abu Sufyan dan Khalid al Walid dan tentera Quraisy..

Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera Quraisy beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binti’Utbah (isteri Abu Sufyan) untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan (kerana Hamzah telah menyebabkan kematian ayah, bapa saudara dan abang kandungnya dalam perang Badar), tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya.
tidak cukup dengan itu,dipotongnya juga telinga dan hidung Hamzah.



Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w... Setelah berundurnya tentera Quraisy maka tamatlah jua peperangan..

Pada masa itu, Rasulullah belum tahu bahawa Hamzah syahid sehingga apabila baginda tiba ke tempat mayat Hamzah yang sebegitu rupa, baginda menangis teresak-esak..begitu jua para sahabat yang lain..

Rasulullah berkata yang bermaksud,"demi Allah, belum pernah aku lalui dalam hidupku sesedih suasana ini".

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:

"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan"



Di Makam inilah bersemadinya 70 jenazah para syuhada yang gugur tika perang Uhud termasuklah Saidina Hamzah yang diberi gelaran Penghulu Para Syuhada.
Makam sebelum ini pernah dilanda banjir dan semasa nak pindahkan jenazah syuhada didapati jenazah mereka masih dalam keadaan elok dan berdarah walaupun peristiwa tu dah berlaku beribu tahun. SubhanaAllah..


Di madinah ada banyak telaga2
Bir = telaga.
Bir Uthman - Telaga Saidina Uthman yang sebelum ini dipunyai oleh orang yahudi yang menjual air nya kepada kaum Muslimin. Lalu Saidina Uthman bin Affan datang untuk membeli telaga tersebut  tetapi orang yahudi tak izinkan. Tapi selepas 'nego' akhirnya dapat dibeli separuh2..
Saidina Uthman sedekahkan air tu kepada semua orang. Jadi ramailah yang ambil air dari saidina Uthman sehinggakan tak ada lagi yang membeli dari orang Yahudi sehingga mereka mengalami kerugian. Kemudian akhirnya yahudi menjual semua kepada Uthman.

Tetapi ada golongan pembelot dalam Islam sehingga akhir hayat saidina Uthman Ra golongan pembelot islam tak bagi dia minum sedangkan telaga tu dia yang beli bagi org Islam minum free.


Tempat berlakunya Perang Khandaq

Kemudian kami lalu di Masjid Khandaq (bererti Parit) - parit telah digali dari Masjid sehingga ke bukit uhud utk mencegah Orang Mekah datang ke Madinah untuk beperang. Ternyata parit tersebut berjaya mematahkan serangan tentera Quraisy.

Kemudian kami di bawa ke Ladang Kurma, di Ladang Kurma korang boleh makan/rasa Kurma sebab diorang cakap HALAL! HALAL!, kalau nak bawak keluar kena beli lah. 😆 MJ beli Kurma liat 2kg, tak ingat nama kurma tu tapi sedap.. dia rasa macam serat2 sikit.

Lepas Ladang Kurma sepatutnya kami akan singgah ke Pasar Kurma, tapi driver Bas takmau singgah kerana dia ada urusan lain jadi kami terus balik ke Hotel untuk rehat sebelum masuk waktu Zohor pada pukul 12.15 tengah hari.

Tapi pihak Tabung Haji minta Mutawwif bawa trip kami asing ke Pasar Kurma, sebab dalam jadual memang ada ke Pasar Kurma tetapi sebabkan driver Bas takmau bawa jadi kena pergi sendiri.


Kurma Ajwa.. sedap weyhhh :)

Di Pasar Kurma ternyata Kurma lebih FRESH dan BARU. My Mak Abah siap beli Kurma sampai 8kg ha, puas hati. Siap minta Kurma yang terbaik (Kurma no 1 di Madinah) jadi dapatlah beli Kurma Ambar dan Kurma Ajwa. Sedap!


Kurma Ambar

Seronok bila berpeluang melawat tempat2 sejarah sambil kita mengimbau sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah, mujur kami dapat Mutawwif yang suka bercerita sejarah2 Nabi dekat kami.


Rezeki untuk yang datang melawat kami termasuklah kat kawan2 Mak, Abah, MJ dan Suami dapatlah merasa sorang sikit. Dekat 50 bekas ha kami buat ;) Tu pun Mak rasa nyesal tak beli banyak lagi..hihiii sebab sedap..


Ya Allah, bila taip entry ni rasa sebak sangat, kerinduan yang mendalam untuk jejakkan lagi kaki ke sini, Kau mudahkanlah Ya Allah.. Semoga Kau menjemputku lagi ke sana, aminnn

Boleh baca perjalanan Umrah di Label UMRAH MJ

4 Yang suka berceloteh:

nuyui a.k.a miss YUI said...

inshaaALLAH..

moga ada rezeki lg pergi kesana.

byk kisah yg secara tak langsung buat kt tahu dan ingat kembali.

Bunda_nora said...

Sedapnyer tengok kurma ajwa, belom pernah merasa lagi.

el said...

Subhanallah baca tang jenazah masih elok dan berdarah lagi tu ya Allah kalau lah dapat pergi sana insyallah dimurahkan rezekiku nti amin

lieyalatif said...

ya Allah seronoknyer..... mudah-mudahan ade rezeki kami2 plak nanti....tu laa geram tgk kurma tu....nampak freshnyer...

Labels

Celoteh MJ (123) layan (106) terima kasih (91) GiveAway (82) Join Contest (82) Menang GA (62) dunia artis (59) Makan Sedap (53) hadiah (53) cantik (51) nuffnang (44) Hari Raya Puasa (42) BE nuffnang (41) Resepi (40) Wordless Wednesday (35) happy (35) Firas (34) pemenang (33) Pengumuman (32) Produk Shaklee (31) contest (30) Pusat Pelancongan (27) Denaihati (26) Kenangan MJ di tahun 2011 (25) keputusan GA (25) on9 visitor (23) suami isteri (23) kenduri kawen (22) USM Penang (20) promosi hebat (20) sedap (19) Islam Agamaku (18) jalan-jalan (18) nasihat (17) pesakit (17) rumah tangga (17) sedih (17) Fridge Magnet (16) Kenangan MJ di tahun 2012 (16) ME Nuffnang (16) Pegangan (16) Pulau Pinang (16) kelakar (16) Exam USM (15) Ilhan (15) Kenangan di Tahun 2014 (15) senarai peserta (15) Celebrate Birthday (14) Fesyen (14) Followers (14) PJJ di USM Penang (14) aiskrim kek (14) lucu (14) teka-teki (14) Family Day (12) Hadiah Contest 2013 (12) Nikon D90 (12) pengalaman (12) petua (12) Bercuti di Cameron Highland (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) Portable Power Bank (11) islam (11) kisah tauladan (11) my birthday (11) tips (11) Avon (10) Cameron Highland BEST (10) Nikah Kawen (10) aksi terlampau (10) sihat (10) Birthday Suami (9) CPUV Earning (9) CPUV Nuffnang (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) blogger Kuala Lumpur (9) heartbeat (9) kuih raya (9) tutorial (9) Hadiah Wang Tunai (8) Perodua Alza (8) Pizza Hut Promotion (8) Pulau Langkawi (8) Resipi (8) kupon (8) top komen (8) Blogger Utara (7) Kelantan (7) Kenduri (7) Mak Abah ke Umrah (7) Percutian Familyku (7) Percutian Kami (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) kad raya (7) video (7) Hadiah Birthday (6) Kenangan di tahun 2013 (6) MJ dan Suami (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) dalam negara (6) juadah berbuka (6) kamera (6) kupon KFC (6) review blog (6) sale (6) Cuti-Cuti Malaysia (5) Dekorasi Simple by MJ (5) Jumpa Blogger (5) Kenangan MJ di tahun 2015 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Makan Sedap di Pulau Pinang (5) My Koleksi (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) online (5) ovarian cysts (5) BAJET 2012 (4) Beef Lasagna Cheese (4) Bisnes Pelekat Pantz (4) Burger King (4) Cara Dekorasi Bajet (4) Cheque Nuffnang (4) Diari Umrah MJ (4) Hadiah Anniversary (4) Happy Anniversary (4) HomeMade Aiskrim (4) Homemade Burger Bakar (4) IQ (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Burger Bakar (3) Cara Berkesan untuk Menabung (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Kenangan MJ di tahun 2017 (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menabung dengan Si Hijau (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Ostematrix Shaklee (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) SBPA (3) SPA (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Tips Menabung dengan Berkesan (3) Ustaz Ahar Idrus (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Choki Choki (2) Aiskrim Coki Coki (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Ayam Dendeng (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Burger KOMTAR (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Cashout Nuffnang (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Chicken Chop (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) Fasha Sandha dan Jejai (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Carlo RINO (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Majlis Kenduri MJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Original Handbag COACH (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Pengalaman HSG Test (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) Seminar Wordpress (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Tarikh mengundi PRU13 (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni Shaklee (2) Tiket Wayang Free (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) duit malaysia (2) games (2) ilusi optik (2) keputusan Peperiksaan (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) Air Terjun Puteri Mandi Kedah (1) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Black Label Aidijuma (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger KOMTAR De Pauh Garden (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Camera SX150 IS (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara ubati Denggi (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Ditipu dengan Western Union (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Endorscope Cyst (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) External Hard Disk (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Gunung Jerai (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Irma Hasmie (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jom Kembara FF1 (JKFF1) (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kempen Si Hijau (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Paris dari Aidijuma (1) Koleksi Wallet MJ (1) Krabi dan Hatyai (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nan Cheese Meleleh (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo CheeseCake (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Paris Satin Aidijuma (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (1) Perodua Bezza (1) Perodua MyVi 2018 (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Ring Stand Hanger Single (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) SX150 IS (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Stokin Kaki Scholl (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tempat menarik di Krabi dan Hatyai (1) Tepung Magik (1) Testimoni GLA Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallet (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Western Union Selamat (1) White Label Aidijuma (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) berita terkini (1) bomoh VIP penipu (1) borong.com.my (1) buku denaihati (1) cara mengira cukai (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) iPhone 5 Contest (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca oil (1) movie (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) rempah sauna (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1) zuriat (1)