Di zaman
serba canggih penuh dengan teknologi, permintaan dan keperluan tentang barangan harian menjadi
semakin mudah. kita boleh melakukan pembelian dengan hanya perlu menaip papan kekunci
di komputer samada untuk mencari barang yang diingini mahupun membeli terus di
internet. Diantara laman web yang mengiklankan produk dalam negara yang popular
ialah mudah.my, lelong dan sebagainya. Manakala bagi laman web luar negara yang
popular seperti ebay, amazon dan Aliexpress serta berbagai bagai lagi
Pembelian
dari dalam negara selalunya tidak melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan
namun apabila kita ingin membeli barangan dari luar negara,kadangkala
kita terpaksa berurusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan
kesihatan, Farmasi, SIRIM dan banyak lagi jabatan bergantung kepada jenis
barang yang dibeli. Saya cuba mengaitkan isu ini kerana kebanyakan orang
ramai(pengguna) tidak sedar akan adanya peraturan peraturan seperti cukai
kastam, permit dan barang – barang larangan.
Saya bagi
anda beberapa situasi untuk diperhatikan.
Situasi
Pertama
Ahmad Idham
membeli sebuah beg berjenama Prada di laman web Ebay dengan harga RM1500. Barangan
tersebut dihantar oleh penjual menggunakan USPS ke Malaysia. Sampai di KLIA,
barangan tersebut ditahan oleh Jabatan Kastam kerana berkemungkinan barang
bercukai (barang yang boleh diambil cukai) setelah dikira cukai yang terlibat,
Encik Ahmad terpaksa membayar rmXXX kepada kerajaan Malaysia.
Situasi Kedua
Farid Kamil
membeli Iphone 5 untuk tunangnya dari London. Dia pun menghantarnya melalui UK Post ke Malaysia. Sesampainya barang tersebut ke Malaysia, barang tersebut
ditahan di Jabatan Kastam kerana memerlukan permit dari SIRIM.
Banyak lagi
jabatan dan prosedur yang perlu dilalui jika anda ingin membeli barangan dari
luar negara dalam talian ni. Antaranya ubat ubatan memerlukan kelulusan
Farmasi, permit Topi Keledar daripada MITI, permit import haiwan dan tumbuhan daripada MAQIS, penerbitan dan senjata daripada KDN dan banyak lagi jabatan kerajaan yang terlibat bergantung kepada jenis barangan yang diimport.
Seringkali kedengaran rungutan dari pihak orang ramai ialah mereka tidak tahu terutama pasal undang undang di negara kita. Saya tidaklah menyalahkan orang ramai kerana pihak Kerajaan juga patut menghebahkan perkara ini melalui media massa agar natijahnya kerajaan tidak dilabel pelbagai gelaran yang kurang elok didengar.
Seringkali kedengaran rungutan dari pihak orang ramai ialah mereka tidak tahu terutama pasal undang undang di negara kita. Saya tidaklah menyalahkan orang ramai kerana pihak Kerajaan juga patut menghebahkan perkara ini melalui media massa agar natijahnya kerajaan tidak dilabel pelbagai gelaran yang kurang elok didengar.
Melihatkan keadaan
kekurangan informasi ini, saya merasakan adalah lebih bermanfaat bagi orang
ramai mendapat sedikit pencerahan tentang akta dan undang undang serta hak hak
mereka.
1. Jika
barang anda telah ditahan, sila rujuk
dengan jabatan jabatan yang berkaitan yang menahan barangan anda. Anda boleh
menghubungi terus jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat serta sebab
barangan anda ditahan
2. Rujuk
mengenai barang yang dibeli mengenai status barangan tersebut samada boleh
dikenakan cukai, berapa peratus cukai dan bahan bahan larangan import. Maklumat ini
boleh diperolehi jika anda menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau
melalui laman web JKDM HS Explorer.
Rujuk kepada pihak berkuasa SEBELUM anda membeli barang tersebut kerana jika anda membeli barang dahulu sebelum merujuk jabatan tertentu seandainya barangan tersebut harus memiliki permit tetapi anda gagal untuk mendapat permit maka barangan anda boleh dirampas.
Rujuk kepada pihak berkuasa SEBELUM anda membeli barang tersebut kerana jika anda membeli barang dahulu sebelum merujuk jabatan tertentu seandainya barangan tersebut harus memiliki permit tetapi anda gagal untuk mendapat permit maka barangan anda boleh dirampas.
3. Bawa invoice atau maklumat bayaran apabila pergi ke Jabatan yang anda ingin berurusan. Ini akan memudahkan anda dalam melakukan urusan dengan kakitangan tersebut.
4. Sila ikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan. Pergilah pada waktu urusan seperti yang ditetapkan, jangan terlewat. Pakai pakaian kemas dan dengan senyuman. Insyaallah, jika anda murah dengan senyuman saya pasti kakitangan tersebut akan ramah dan mungkin akan membantu anda.
Akhir sekali
apa yang saya ingin katakan anda harus mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak kakitangan kerajaan. Apa yang saya tuliskan disini adalah sekadar
panduan bukannya bahan perundangan bermakna anda harus mengikuti apa yang pihak
kerajaan tetapkan.
Mr Jay: Jika
anda ada sebarang masalah berkenaan prosidur dan undang undang membeli barangan
dari luar negara, anda bolehlah bertanyakan saya jika saya mampu membantu. Jika
saya tak tahu saya akan cakap tak tahu.jangan pula minta tolong saya lepaskan
barang kerana bukan bidang kuasa saya. lebih elok tanya nasihat dari mereka
yang lebih arif.
Untuk jawapan mengenai beberapa persoalan dibawah, boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html
dan juga entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2014/10/terima-barang-dari-luar-negara-tetapi.html
p/s : Nama yang digunakan untuk ke dua situasi di atas adalah sebagai pemanis cerita..
210 Yang suka berceloteh:
«Oldest ‹Older 201 – 210 of 210 Newer› Newest»Nak tnye klau kastam yg jenis dia tunjuk yg dia dh pernh report org sebb tk byar kad waranti tu dia ada tunjuk gmbr yg dia pernh report org tpi name org lain la bukan nama saye tu dia kastam betul ke atau pn saje scamer Nk bgi tkot kite?
Saya pun kena benda yang sama, sebelum saya buat pembayaran dia kata barang dari selangor lepastu tiba tiba ada contact number lain hantar mesej yang sama macam tu tapi bayaran Rm1000.
Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats-app +918256953815
mghfbibdgf@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
haritu awak da bagi alamat sekali ke ?
Saya kena bank in sampe rm 3000 š¤¦š»♀️
So apa bole buat ???
Saya menunggu kiriman dari kawan ditahan kastam dah bayar kad razer gold rm1000. Minta bayar rm1500 isi borang kastam baru dapat lepas barang dari kastam hantar ke rumah. Duit saya dah habis bayar. Betulkah perlu bayar rm1500 lagi. Saya takut kenal tipu.
ehh ingatkan saya je yang kena samalah kita ehh scammer lah
Scammer ke tu
Ouh yeke
Post a Comment