Misteri, memang misteri, tak dapat dipastikan kesahihan kenapa villa Nabila dikatakan berhantu, pelbagai versi dikeluarkan ada yang kata budak bernama Nabila dibunuh oleh pembantu rumah dan mayatnya di tanam di kawasan villa tersebut, dan ada yang kata dibunuh saudara disebabkan sifat tamak.. Entahlah sehingga kini masih menjadi persoalan.
MJ tertarik nak cerita pasal Villa Nabila ni sebab dari pagi tadi wall Facebook penuh pasal cerita kehilangan 23 daripada 30 orang budak di villa tersebut, 7 daripada mereka berjaya keluar, yang selebihnya tak pasti apa terjadi.. katanya mereka mendengar suara meminta tolong tapi tak jumpa arah suara tersebut. Tapi lebih baik kita tanya pada yang 7 orang budak yang 'terkeluar' tu kan akan kesahihan cerita ni.
Tapi tadi terjah mStar Online ada versi lain pulak dari pihak Polis
JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
"Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.
Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Apapun mudah2an kesemua mereka selamat keluar dari banglo tersebut..
Kalau nak tengok gambar villa Nabila ni korang Google je ye, MJ seram nak tengok..

15 Yang suka berceloteh:
oh..baru tau kisah ni..kat opis fb kena blocked..jap lagi nak google lah..suka baca tapi nak pergi tgk sendiri takut..huhu..
macam2 versi kan
Pernah jugak baca pasal villa nie.
Salam MJ..
Hot topic kat pesbuk ari ni..
td baca kat kosmo katanye sorang jer yg hilang..bukan 23 bukan 30..huhuhu
hebih jugak cerita ni kan? Ramai org share. Ntah ye ke tak..
xnk tgk gmbr sbb confirm seram hu3
pernah jugak bace psl villa nabila nih...mcm2 vesi
hairan jugak, yg depa gi gatal2 masuk tempat tu nape? hurm..moga yg hilang tu cepat dijumpai.
tq for info...eee seram
owh..ada news pasal vila tu ek?cheery penah dengar gak sal villa ni.versi yg cheery dengar keluarga nabila kena rompak dan dibunuh.wuihhh!!memang seram
hmm mana satu lah yang benar agaknya...
baru baca pasal ni, ish meremang buku roma
citer ni byk versi.. tak tahu mana yg betul..
mcm x logik je 23 org boleh hilang
reka2 cerita ke
nak percaya pun mcm eh boleh percaya ke ni?lau berhantu xdelah kot biasalah rumah kosong ni byk Jin
hope ada ya tampil tuk menjelaskan kisah sebenar disebalik villa nabila ni
huhu.da senyap da pasal kes ni..rupanya budak yang hilang ni OKU (slow learner)...dia ngikut je kawan2 masuk vila tu.
Post a Comment