Tajuk bikin gempak, walhal biasa-biasa sahaja dan bukanlah melibatkan sales berjuta2 ye, masih ratusan dan juga ribuan. InsyaaAllah mudah2an suatu hari nanti...
Alhamdulillah kuasa blog merentasi sempadan, kita beriklan bukan untuk jangka masa pendek, tetapi untuk jangka masa panjang dan juga untuk sepanjang masa.
MJ beriklan di blog adalah sekadar membantu memperkenalkan dan 'menaikkan' bisnes keluarga termasuklah MJ dan juga saudara mara.
1. Antara produk-produk yang senantiasa dicari pelanggan setiap masa adalah
Genggam Fatimah dan
Nenas Batu (
walaupun sebelum ni MJ ada jual tapi sekarang dah tak menjualnya). Kalau ada pun stok yang sangat terhad sebab kekangan masa nak mengambilnya. Ada juga yang bertanya mengenai produk AVON tapi sekarang memang tak jual dah..
2. Produk bermusim terutama musim perayaan ni adalah
HomeMade Nasi Arab, paling tinggi permintaan sepanjang Hari Raya ni, ramai nak buat Open House ni termasuklah menjamu saudara mara kan? Apapun ianya tetap menjadi pilihan setiap masa.
3.
Tudung 3 Layer bisnes My Mum alhamdulillah senantiasa ada pelanggan, kini dah jarang menjual secara Online kerana 'stok laku', kini semua secara Offline.
4. Paling membanggakan,
bisnes Pantz adik MJ yang bermula secara kecil2an dari rumah, kini sudah merentasi luar Malaysia iaitu
Singapura. Nanti MJ syer cara kami berurusan bila melibatkan wang tunai dari luar Malaysia (
pada yang tak tahu macam MJ ni) ni ye dan postage cost. -
Refer entry SINI
6 Ogos urusniaga bermula, 11 Ogos dimeterai.
5. Dan last but not least tentulah bisnes MJ yang utama iaitu
produk Shaklee, Alhamdulillah ada juga customer dari Blog ini selain dari kenalan Offline.
6. Entry hangat pulak adalah berkenaan
proses jual beli barangan luar negara, email bertalu-talu setiap hari masuk bertanyakan pasal permasalahan jual beli ni. MJ dan Suami tengah berkira-kira samada kami nak membantu dalam proses jual beli ni dengan menjadi ORANG TENGAH, tapi dalam pertimbangan lagi. Tapi orang tengah sebelum pembelian dibuat ye, bukan bila saat barang anda sangkut di mana-mana ataupun abrang tu dah pun dibeli ye.
Rasa happy bila dapat menaikkan jualan diri sendiri termasuklah keluarga. Walaupun sedikit tapi hasilnya manis kan. Jika diizinkan mungkin MJ akan buka tapak iklan nak tengok feedback, insyaaAllah.