MJ dapat dari emel, so nk syer la ngn kawan2 semua..
Bagi MJ pendapat nie tak tepat, sebabnyer rezeki anak samada lelaki @ perempuan adalah ketentuan dan rezeki dari Allah SWT kan... Anak laki @ perempuan sama sja, kerana semua perempuan dilahirkan cantik didunia ini.. :)
Wanita bawa kromosom XX, manakala lelaki membawa kromosom XY, jadi penghasilan anak adalah dipengaruhi oleh kekuatan suami dan ketepatan masa persenyawaan berlaku.. (Nie Sains Sekolah dulu dah ajarkan..hehee)
Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya? Bagi MJ kehadiran anak perempuan yang terbaik tp tak bermakna anak lelaki tak baik ye.. (MJ redha denagn kurniaan untuk kami suami isteri)
p/s : Pesanan yang membawa syafaat buat kita semua.. Aamiinnn
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."
Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."
Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., katanya: Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Rasulullah SAW datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda SAW, "Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

8 Yang suka berceloteh:
teringin nak ada baby..tak sabar mao kawen..kih3..gatei..
salam..
rezeki ALLAH TAALA yang bagi..
alhamdulilah di kurniakan anak perempuan adalah anugerahkan..
semoga anak-anak kita menjadi orang yang solehah.. AMIN
betul2.. sokong.. hehehe mak sy cantik , ramai anak perempuan dari lelaki.. hehhee
xkesah laa an dpt baby boy or girl.. dh rezeki namanye..
kontrobesi tajuk tu...hihi...
kita x de rezki lagi...
Anayana~samola den pn xsabo nk nimang anak ha.. hehee, so yana kena cpt2 kawen tau.. :)
bun_nee~tul tu, rezeki dtg dari Allah, yg penting kita kena bersyukur
Ain Zulaikha~beutyl tu, mak kita cantik & ada ramai anak prempuan.. hehee
♥e'in♥~ye betul, terima dgn redha..
ekinashikin~sebenonyer tajuk xde kena mngena sgt pn ngn entry kan.. hehee
Post a Comment