Seorang doktor dan peguam sedang bersembang di sebuah parti.
Perbualan mereka sering terganggu oleh orang-orang yang berada disana menceritakan penyakit mereka dan meminta doktor untuk memberi nasihat kesihatan secara percuma.
Setelah satu jam berlalu, doktor yang keletihan itu bertanya kepada peguam, "Apa yang anda lakukan untuk menghentikan orang-orang dari meminta nasihat undang-undang kepada anda apabila anda keluar dari pejabat?"
"Saya memberikan nasihat kepada mereka," jawab peguam, " tapi selepas itu saya hantar bil kepada mereka."
Doktor itu terkejut, namun bersetuju untuk mencubanya.
Keesokan harinya, walaupun masih merasa sedikit bersalah, doktor menyiapkan bil untuk dihantar kepada orang yang meminta nasihat tentang kesihatan kepadanya.
Ketika ia pergi hendak memasukkan surat kedalam peti suratnya, ia terjumpa bil yang di hantar dari peguam kepadanya
0 Yang suka berceloteh:
Post a Comment