Comel kan bayi nie..??? Apalah salahnya, baru dilahirkan dah diperlakukan kejam sebegini..
Tidak ada sedikit ikhsan ke pada yang melakukannya??
Tergamak melakukan perbuatan keji macam nie..
Hancur luluh hati tengok keadaan bayi macam nie..
Kesian, memang sangat kesian... sobsobsob :(
Pada yang lemah semangat harap tidak melihat gambar di bawah ye..
KUALA LUMPUR,June 5,2011 – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.
Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.
Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.
Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.
“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.
“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya bayi nie dicampak dari Flat di Sentul...
16 Yang suka berceloteh:
ayesha dulu duduk sentul.. tp rasanya flat yng belakang 2 kot.. eammm
mmg keji manusia(parents baby) tu...
memang luluh hati tengok baby tak berdosa tu...cuma memujuj hati sedih ni...dia pasti masuk syurga...Allah dah jamin, bagi perlakunya...takkan aman dunia dan akhirat...nantikan di hari pembalasan
klu munna dpt org yg buat tu ..mmg rasa nak pukul org tu puas2...mmg takde perasaan langsung agaknya...
kuang ajar btoi! jahat nyaaaaaa
subhanallah...
mereka memang binatang...
nak menanges, allah yg maha tahu, baby tuh musti sgt cantek disisiNYA... bagi si ibu, eB x tau apa yg anda raser... tapi anda akan dihantui sehingga di hujung nyawa... kalo x nak... jgn buangkan, knapa nk tunggu sampai baby tuh lahir? kejam sgt... baik bagi kat eB nih... walopn x mmapu, eB tetap akan cuber jager sebaiknyer.. insyaallah
adui nyesal tgk.. sedih!!!!!!!!!! :'(
@Nora Shahaira
Betul tu kak, memang org yg melakukannya takkan tenang..
Dan bayi yg tak berdosa tu insyaAllah dijamin syurga..
@munna
Sama la kak, memang geram kan bila tengok ada yang sanggup buat macam nie..
@eB ezrin
Betul Sis, MJ pun sanggup nak menjaganya, dan pasti akan menyayangi bayi tersebut
kejamnya buat camtu,harap org buat baby camtu dpt balasan dgan cpat..
ngeri awe tgk pic tu kak...
ya allah x sanggupnya nak lihat.asal la kejam sangat manusia sekarang nie ye..
Astaghfirullahal'azim
kejamnya manusia tu :'(
Astaghfirullahal'azim..
kejamnya manusia tu :'(
Post a Comment