CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Gejala Cuaca Panas Melampau
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6.Mual dan muntah
7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8. Pakai topi atau payung yang besar
ELAKKAN!
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas
PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
1. Keluar dari kawasan yang panas
2. Tanggalkan pakaian yang ketat
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
p/s : Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita semua ye :-0
15 Yang suka berceloteh:
betollah MJ.. cuaca sekarang nih mmg x baik.. saya pon ngah batuk2 sekarang nih.. skrg nih mmg kena minum air masak banyak2..:)
gd info mj tq
TQ for sharing this. memang bdan tgh xshat skarang..
betul dik .. cuaca skrg sgt2 x menentu .. susah ati .. semalam ke klinik punyalah ramai org .. mcm2 sakit ..
nie mlm tadi akak balik dari umah mak akak .. sepanjang jalan berjerebu .. dlm kul 1 pagi mcm tuuu susah ati tgk ..
@|| NaFiRaa ||
Air masak memang penting, myra kena batuk pun sebab kurang minum air, huhuuu tapi sekarang dah beringat :)
@ieda
Harap2 hujan turun untuk mengurangkan jerebu nie kan kak..
skg intenat kat opis dah kena blog..apa2 kena upload kat umah jer lerrr...tue yg jarang2 bukak blog tueee
patut la adam batuk n selsema skrg ni..huhu...
akak suka minum nescafee...camno ni??
lain cuaca skrg ni..adik2 sy pun mudah demam dh skrg..
info yg sgt berguna!!
bila cuaca panas tekak pun rasa macam berpasir je..nak telan air liur pun rasa macam apa tah..kena minum lebih dari 6 gelas la jawabnya..
sini pun tgh panas. suhu hampir 40'C. keluar sekejap pun rasa mcm nak terbakar je
bulan puasa ni panas agaknya , mencabar ni
malam2 kat sini ujan lebat... pagi petang panas terik.. kering kontang rambut jadinya hehe
awe tak kuar rumah pun terasa bahang dari luar
Post a Comment