Petua bukan sebarang petua tau, tapi petua ini telah kucuba dan hasilnya memberangsangkan, jadi nak berkongsi pulak dengan rakan-rakan maya yang juga mengalami masalah yang sama dengan MJ iaitu RESDUNG.
Resdung MJ ni tahap suka tonyoh (gosok) mata, memang gatal sangat rasa, tapi TAK PERNAH pun p buang ke @ yang jenis perasap di muka (yang bentuk seperti rokok tu), dok biaq je sebab sesetengah nya orang cakap akan lagi teruk, tu yang tak berani buat.
Ni petua tradisional tau, MJ dah 2 minggu mencuba dan alhamdulillah rasa makin kurang dah bab-bab tonyoh mata tu :-) Nak tau macam mana caranya?? Ha jom layan.. :-)
Dah tinggal suku baru ingat nak ambik gambaq..hehehe
Bahan-bahan
Seketul Halia
1 camca Lada Hitam biji
Air secukupnya
Caranya
1. Basuh bersih halia (jangan dibuang kulit) masukkan Lada Hitam dan air (jangan penuh jangan sikit, agak-agak hapus Halia tu) ke dalam 1 bekas.
2. Panaskan dalam api sederhana sehingga mendidih
3. Bila dah sejuk @ suam-suam kuku (Ikut keselesaan) korang kumur dengan air tersebut, amalkan setiap pagi, petang dan malam, insyaAllah..
4. Bila dah habis boleh tambahkan air dan ulangi langkah 2 sehinggalah warna bertukar menjadi putih.
**p/s : Lada hitam korang agak sendiri, takut bila banyak tak terkumur pulak,
sebab dia pedaq sikit.**
16 Yang suka berceloteh:
resdung ceroi sgt teruk...
nak try la..salu mai persap guna rokok..tue susah nk nafas..hehehehe...bgus petua nie...
podehhh la nnt ek..kasi wap muka xleh ek? hehehe
adik nureen resdung kuat.. bebaru ni adik g permata hijrah buang.. depa nasihat, elak mkn ayam, minum air ice & mkn kekacang.. ;)
sgt senang lah myra petua nie..akak nk trylah...
dlu kfieza resdung kuat...jerawat penuh kat muka...tp skrg hilang seniri je..ada pun skt2 je...
nak cuba lah..thank's bagi petua nie
wahhhh... bagus nih.. boleh try nanti.. mekasih yer MJ..
owh....itu ker caranya....
eeeeeee...zie nk tryyyyyyy. tp zie dh doctor sahkan bukan resdung. but alergic nose. leh gak ke ek?
ooo..boleh bagitau adik nih..thanks sharing kak.. :)
kena kumur je kak? nk try gak la..skt huhu
halia memang boleh bantu hilangkan resdung kan....=D
hanya kumur2x je ke?
@ja'a
Yup, cukup sekadar berkumur :)
Boleh tingglakan link tak? MJ tak dapat nk blogwalking
wow amat berguna
Post a Comment