Menurut Zon Artis Ana Raffali dikatakan bakal bernikah pada 25 Februari 2012
Majlis pernikahan akan dilangsungkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Namun sebelum upacara akad nikah, akan berlangsung acara bertunang terlebih dahulu yang dijadualkan bermula pada jam 10.30 pagi. Sejam selepas itu, barulah akad nikah akan dijalankan dan berkemungkinan besar ayah Ana Raffali sendiri yang akan menikahkannya.
Tentang majlis perkahwinan itu, Ana Raffali memberitahu buat masa ini persiapan untuk majlis itu masih dalam peringkat permulaan. Bahkan, dia masih belum sempat memilih pereka fesyen untuk busana perkahwinannya.
“Buat masa ini saya tidak dapat memberi nama pereka fesyen yang akan mereka busana perkahwinan saya nanti. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi saya belum buat sebarang keputusan. Bagaimanapun, saya dan Naim akan mengenakan persalinan berwarna kelabu. Manakala, pihak keluarga akan memakai pakaian putih.”
Menurut Ana Raffali, majlis perkahwinan mereka itu hanya akan dibuat secara sederhana dan tidak akan melangsungkan acara bersanding. Namun begitu, mereka akan menyediakan satu tempat khusus untuk sesi fotografi.
Sumber: Zon artis
Mr Jay: tahniah diucapkan kepada bakal pengantin. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. amin
celoteh mj sekarang ada pasang punchtab untuk reward para teman blogger yang sudi berkunjung blog yang biasa - biasa ni. walaupun hadiah yang diberikan tak semewah Denai hati , tapi yang penting kami ingin juga memberikan sedikit penghargaan kepada pengunjung. mungkin juga reward akan dinaikkan jika dilebihkan rezeki, insyaallah. kiranya sekarang fasa percubaan. harap boleh berkekalan reward ni:)
10 Yang suka berceloteh:
punch tab reward 2 ape?
nak kawin dah ye..semoga apa yg dirancang berjalan dgn sebaiknya..
wahhhh...ana raffali da nak kawin... :)
ooo..dah nak kawenn ye...
bagusnye Ana nih.. x kisah nak tunjuk bakal suami.. ade sesetengah artis tuh suka menafikan hubungan mereka..
Tahniah!!
Semoga selamat majlis mereka.. ;)
tahniah buat Ana Rafali....
cam ada iras muka dia orang..:)
tahniah untuk k.myra jugak..
http://prettywrite.blogspot.com/2012/02/keputusan-lucky-draw-prettywrite-7.html
dah nk kawen upanya.. tahniah untuk ana :-)
Post a Comment