Akhirnya segala teka teki mengenai nama sebenar kereta Proton Terbaru yang menggunakan kod P3-21A diumumkan apabila Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir berkata, kereta itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah.
Model terbaru ini dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’. Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Preve yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.
Beliau berkata, Proton menjangkakan untuk mengeksport model berkenaan sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengeluarannya dan berhasrat menambah sehingga 10 peratus lagi pada masa depan. “Kos pembangunan Preve membabitkan sebanyak RM450 juta dan model ini ditempatkan dalam segmen C akan dijual pada harga bermula RM62,000 hingga RM75,000 serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual.
Sumber : METRO
p/s : Nak jana pendapatan melalui blog? Jom sertai seminar yang pasti menguntungkan di SINI
11 Yang suka berceloteh:
mesti ramai nak beli.
wah serius.. cantik sangat!!!
memang cantik modelnya...Mj pakai kereta nie ke? hihihi
lawaaaa..tp mahal la jugak..dahla loan payah skg..apa2 pun tetap skong buatan malaysia..makin maju dah rekaannya..:)
salam Myra.Apa kabar?Mmg cantikkkkk...myra xminat ker?hihi
maveles...byk la nanti di jalan...
nice.. tp kami masih setia yg skrg hehhee...
cantek~ tapi zura minat dengan Exora.. kereta utk famili..hehehe
wah cantik kereta proton baru nie ka... semua jasa tun mahathir yang membina proton... :))
xde modal lagi nak tukar yang baru huhuhu..insyaAllah akan datang kan ;)
cun nye design dia..
Post a Comment