Lisdawati melakonkan watak Salmiah, seorang gadis yang menanggung beban derita batin dan dendam terhadap lelaki setelah dia kehilangan maruah dan harga diri.
Penderitaan Salmiah dan ibunya mendapat simpati Pak Mat, namun lelaki itu berniat tidak baik terhadap Salmiah dan telah memperkosanya.
Tertekan dengan apa yang berlaku, Salmiah nekad melarikan diri ke bandar. Bagaimanapun dia menjadi mangsa Fuad, seorang bapak ayam yang memaksa Salmiah menjadi pelayan pelanggan (GRO).
Dendam terhadap lelaki mula menguasai dirinya dan pada masa sama, dalam diam, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang hadir membawa cahaya dalam kehidupannya.
Selepas tiga tahun menjadi GRO, Salmiah dipaksa Fuad supaya memikat seorang tokoh korporat duda, Shahdan.
Fuad merancang berpura-pura hendak memperkosakan Salmiah dan wanita itu diselamatkan Shahdan. Perkenalan Shahdan dengan Salmiah membenihkan cinta di hati Shahdan. Atas persetujuan anak tunggal Shahdan, Azreen, akhirnya mereka berdua berkahwin.
Hubungan cinta Shahdan dengan Salmiah menimbulkan rasa kurang senang di hati Fuad kerana dia mempergunakan Salmiah untuk mengikis harta Shahdan. Bosan dengan sikap Fuad, akhirnya Salmiah 'mengenakan' Fuad dengan meletakkan dadah dalam kereta Fuad. Fuad akhirnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tetapi disebabkan kelakuan baik, tiga tahun kemudian dia dibebaskan.
Selepas tiga tahun berkahwin, hubungan Salmiah mula dingin apabila Shahdan tahu Salmiah bekas seorang GRO. Dalam waktu yang sama, Fuad yang dibebaskan kembali mengganggu hidup Salmiah. Tertekan dengan apa yang berlaku, terutama sikap Shahdan yang mula memandang serong terhadapnya, Salmiah merancang membunuh Shahdan atas dasar dendam terhadap lelaki. Dia berjaya memujuk Fuad melaksanakan rancangan tersebut.
Apakah kesudahan cerita ini? Kena layan la pada 26 Apr ini jam 10 pagi, selain Lisdawati turut berlakon ialah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Fizz Fairuz, Zarina Zainoordin, Wan Nor Azlin dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Sumber : mStar Online
12 Yang suka berceloteh:
assalamualaikum MJ...mcm seronok jer jln cite ni nak kena tunggu ni...:)
nmpk menarik..
akak suka lakonan lisdawati, bersahaja je
macam best... kena tgk la
mcm best drama ni
Wah... boleh tahan bila baca sinopsisnya Myra. Harap-harap kakak berpeluang menonton..
wah wah waaahh... citer GRO pikat memikat nih.. tunguuuuu
mcm best citer nih
lisdawati...lawanya dia..hehe
mcm besh je...lama lisda tak berlakon...
macam best jer...boleh layan nanti..
xtgk plak
Post a Comment