Tengok ke tajuk rasa gerun kan, tapi itulah realiti yang harus diterima oleh sebilangan wanita yang disahkan menghidapi Cyst. Cyst adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang menyerang sebahagian wanita, penyakit ni bukan diminta tapi itulah dugaan buat 'insan terpilih'.
Cyst adalah sejenis ketumbuhan dalam kilang ovari. Mengapa ia digelar cyst? kerana ia mengandungi cecair, samaada air, cecair becampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak, dan lendir. Ia boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, tulang dan sebagainya.
Antara keyword yang kerap masuk ke blog MJ, MJ pernah berkongsi entry pada tahun 2011, boleh baca di SINI
Nak kata cyst ni merbahaya, bergantung jugaklah dengan jenis cyst yang dihadapi, ada yang perlu dibedah dan ada yang tak perlu dibedah.
1. Follicular cyst - mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kekadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu dibedah dan airnya akan diserap oleh badan. Tidak perlu dibedah.
2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melimpah di dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

Salah satu Cyst yang menyerang wanita iaitu Endometriosis Cyst (reversed menstrual) dari gambar atas ni korang boleh bayangkan bagaiman Cyst tu terbentuk kan.
4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.
5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovari, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.
6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan
lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah
Sumber : SINI
Cyst juga dikaitkan dengan kesukaran mendapatkan zuriat tetapi ada juga pesakit yang menghidapi Cyst beroleh cahayamata, semua itu bergantung dengan rezeki dari Allah Taala juga kan.
Yang penting setiap 6bulan sekali lakukan pemeriksaan berkala ataupun membuat ujian Ulta bunyi (ultrasound) di klinik yang berhampiran jika anda merasa gejala seperti :
- Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
- Berat badan bertambah.
- Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.
- Sakit semasa melakukan hubungan kelamin.
- Haid tidak teratur atau sakit.
- Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.
-
Terasa sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam atau
muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh cyst yang berdarah kerana telah
pecah atau terpintal/terpusing.
Tetapi ada juga sesetengah pesakit yang tidak merasa langsung tanda-tanda seperti di atas dan hanya diketahui melalui ujian darah mahupun membuat ultra sound di klinik, kesudahannya ia dah membesar dan memerlukan pembedahan.
Ada juga cara lain melalui suplement Shaklee iaitu mengambil GLA Complex, insyaAllah kita berusaha dan yakin yang Allah yang menyembuhkan.Harap dengan perkongsian yang tak seberapa ni dapat memberi penjelasan kepada wanita-wanita di luar sana ye, andai ada pertanyaan boleh diajukan, MJ cuba menjawab yang mana tahu, yang lain boleh rujuk pada Pakar Sakit Puan ye :)
29 Yang suka berceloteh:
gerun pulok rasa
Biasanya kebanyakan wanita ada cyst ni bezanya sama ada aktif atau tidak sahaja.
sering jg mendengar tentang bahaya cyst ni..moga2 Allah melindungi kita drpd penyakit ini. aminnnn
baru ada kawan buang 3kg cyst ni... ngeri bler dlm procedure, dia terjaga...
info kesihatan yang bagus nih.. mekasih myra~
takut kan...kita pompuan ni mcm2 penyakit yg ada..
memang gerun bila cerita bab penyakit ni...moga kita semua dijauhi...
tq for the info..
thanks for the info akak.
takut je bila baca mcm2 penyakit ni.. hehe.
Info bagus untuk kaum wanita ni.
Tersangat-sangat informatif N3 Myra ini. Kakak suka baca sebagai pengetahuan..
orang perempuan paling takut dgn dua penyakit iaitu penyakit dekat ovari dan payudara...
nanti nak bawak wife pergi dapatkan pemeriksaan lanjut lah , lebih baik check kan...
Moga2 kita dijauhkanlah dgn penyakit ni kan MJ..
perempuan ni mcm2 risiko kan....kat opis lieya ni ade 2 org dah baru operation cyst nieh...takut dengar pengalaman dieorg....ade tu sebesar 7cm...bile buang terus slim perut akak tu....simptom die pun period terlalu lame....mmg patut kite pi buat check up berkala kan ...
my wife pun ada cyst, tapi bila ngadung/beranak, cyst pun hilang, tapi doctor cakap, cyst tu akan muncul kembali.. kena buat check-up/monitor, dan kalau boleh lepas 2 tahun, beranak lagi.. hehehe
Takutnya dengar.
bahaya ni..
ada member dulu masa czer nak bersalin baru doktor jumpa cyst dan operate sekali...
cyst kalo tak rawat memg bhya
org perempuan mmg kene buat byk pemeriksaan kesihatan kan myra
1st time tau pasal ni MJ
cyst blh merebak mjadi kanser kan..
mmg seriau n takut pasal penyakit ni
smoga kita dijauhkan penyakit2 mcm ni amin
Mj jual barang avon lagi x
siap jadi sumber rujukan lagi..
ehehehee
takut kan.
sepupu ciksu ada sorsng kena.dah operate tapi sampai skrg masih berusaha utk pregnant
takut penyakit mcm ni..kena jaga betul2 org pompuan nih
kalau sebut bab pnyakit je mesti takut
Nauzubillah ... Minta dijauhkan dari kita semua ...
Post a Comment