Terkejut masa dengar radio semalam kata banjir di Cameron Highland, dok terfikir macam mana kawasan tanah tinggi seperti di Cameron boleh kena banjir?
Lepas tu semalam masa tengok berita TV3 baru tau ooo berpunca dari air Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet Ringlet awal pagi semalam kerana tidak dapat menampung limpahan air berikutan hujan lebat. Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.
Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.
Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.
Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi Rabu.
Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya.
Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur.
Sumber : MyMetro dan Bernama
p/s : MJ dah le dalam proses dok mengajak asben jalan-jalan kat sana, dah rindu sangat nak ke sana, bila jadi banjir macam ni asben tanya ' Ha nak p lagi ka tempat tu?' MJ terdiam jela..huhuuu.. Takpa takpa, kita plan awal tahun sebab masa tu bukan musim hujan..hehee

Keadaan kawasan Bertam Valley selepas Banjir

23 Yang suka berceloteh:
seriau tgk lokasi kejadian...
ada member share kat wasappp... takut tgk...
MJ sama la kita pun ada plan nak ke cameron. dah jadi macam ni, ingat ke penang je la bulan 12 nanti. bole pergi pesta penang sekali. hehe
Tak sangka kat atas tu pun banjir..
Aduhai sedihnya kakak tengok berita yg terpapar macam tak sangka boleh jadi macam tu sekali dahsyatnya..
kesian kat mangsa
sue last G pon bulan 5..mmm...kesian kat dorang banjir kilat tu
aduhh ajal maut kann
x sangkat pula di CH pun bajir huhuh
Takziah pd semua mangsa2 banjir kilat tu.
skang nie kawasan muka bumi kat cameron pun dah macam tak dijaga
ya Allah...kesianlh...smpai terbalik kreta...penat lh mereka nk cuci rumah nnti.. semoga mereka tabah hadapi dugaan ni..
takziah pada keluarga mangsa...
mula2 tgk berita tu smlm mcm x percaya CH leh banjir..sekali sbb pelepasan air empangan tu..smua penduduk pun dah diberi amaran psl ni..tp tulah musim ujan skun ni mayb salah satu penyebab banjir teruk kt CH tu eh..allahualam
Kalau dah nak jadi, tempat tinggi pun bleh banjir. Sedihnya tengok kesan banjir lumpur tu. Nampaknya semua tempat ada risiko bencana. Dok tepi laut ada tsunami. Dok tanah tinggi bleh tanah runtuh. Tanah rendah banjir. Berserah la ke pada Allah.
zura pon rindu CH.. plan nak gi tahun depan gak.
takziah buat semua mangsa banjir di CH..:(
huhu...ketentuan Allah...ajal maut ditanganya...al fatihah
terkejut juga bila dengar dan baca berkenaan berita nih...huhu
teruk kan banjir kt CH..
slh satu sbb pelepasan empangan tu le..
pduduk tk dan nk myelamatkan diri..blaku tlalu pntas kan...
haihh nk p cuti2 kt CH pn tertangguh gk nieh..
pheww.. selamat ida dah balik dari CH. ALLAH masih lindungi kitaorang. sib baik.... ;))
takziah kepada mangsa yang terlibat, mmg terkejut masa dgr berita ni
takziah kpd kluarga mangsa..
takejut masa tgk berita ni aritu
ada tgk jugak berita nie kat tv..
Post a Comment