Isu
penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja sememangnya menjadi isu sensitif
dikalangan umat islam dan penganut agama kristian sehingga mengheret ke
mahkamah.Ketika isu
ini kelihatan reda rakyat malaysia dikejutkan sekali lagi dengan berita
penyerbuan JAIS keatas tempat percetakan bible dalam versi bahasa melayu. Ia
sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat. Belbagai pihak tampil dengan
berbagai bagai pendapat. Ada yang menyokong tindakan JAIS malah tidak kurangnya
membangkang.
Sebelum kita
pergi lebih lanjut mengenai isu kalimah Allah ini, elok juga jika kita melihat
kepada apakah yang menjadi dasar kepada permasalahan ini iaitu kalimah Allah
itu sendiri. Kalimah Allah merupakan kata dasar dari bahasa arab iaitu ilah
yang bermaksud tuhan. Akan tetapi kalimah Allah pula membawa maksud
satu-satunya tuhan yang layak disembah(the only god). Kalimah ini tidak boleh
diplurisasikan menjadi ramai tuhan(gods) ataupun digenderkan(goddes) kerana
maksudnya yang unik iaitu tuhan yang esa. Jadi jika menggunakan kalimah Allah
untuk menunjukkan Allah mempunyai anak atau Allah adalah lelaki adalah salah
kerana menyalahi maksud kalimah tersebut.
Justeru
kenapakah pihak gereja beria mahukan kalimah Allah dalam bible... sebelum kita
mahu melihat sebab kita juga harus melihat sejarah ataupun kronologi penggunaan
kalimah Allah oleh pihak kristian. Adakah pernah digunakan sebelum ini?
Jawapannya ya, memang pernah digunakan oleh masyarakat kristian malahan yahudi.
Jawapannya mudah kerana agama islam bukanlah disampaikan pada zaman nabi
muhammad SAW bahkan pada zaman nabi adam AS.
Kalau
merujuk kepada bible, apabila ia menyatakan tentang tuhan bapa ia sering
menggunakan kalimah elohim, eloi, yahweh. kalimah elohim merupakan kata yang
berasal dari bahasa hebrew iaitu eloh yang bermaksud tuhan. Ianya mempunyai
huruf yg hampir sama dengan bahasa arab memandangkan ianya merupakan satu
rumpun bahasa yang sama dengan bahasa arab(semantic language). Begitu juga dengan perkataan eloi.
Ia berasal dari bahasa aramaic yang digunakan oleh jesus(nabi Isa AS) yang
bermaksud tuhan. Jadi mengapakah kristian tidak memakai nama ini sebaliknya
lebih gemar menggunakan god atau jesus?
Ini mungkin
disebabkan lebih mudah untuk menggunakan nama jesus kerana ia masuk dengan
teology trinity yang digunapakai sebagai doktrin gereja.
nama ini
tidak digunapakai seharian oleh pihak gereja terutamanya gereja disebelah barat
hanya cuma beberapa buah negara iaitu sesetengah arab dan indonesia. Di negara
arab, kristian kebanyakan bermazhab coptic dan mereka faham maksud kalimah
keesaan Allah berbeza di luar jazirah arab. Adalah amat malang jika penggunaan
kalimah Allah digunakan oleh pihak yang tidak memahami kalimah teragung dan
meletakkannya ditempat yang salah
Jadi
berbalik ke soalan asal, mengapakah golongan gereja mahu menggunakan kalimah
Allah dalam bible mereka? Umum tahu ia adalah kerana untuk memudahkan para
mubaligh @ christian misionaries menjalankan 'dakwah' mereka. Dengan adanya
ruang untuk mengelirukan orang awam terutamanya yang kurang berpengetahuan
dalam agama maka lebih mudah lah usaha mereka. Inilah yang menyebabkan ramai
menentang penggunaan kalimah suci ini
Namun
demikian bukanlah semua ulama menentang perbuatan menggunakan nama Allah
antaranya golongan ulama muda dan golongan pendakwah. Perbuatan menggunakan
nama Allah dilihat ada baiknya dalam usaha umat islam sendiri untuk berdakwah
kepada pihak kristian. Ada juga yang menyatakan kalimah Allah bukanlah hak
milik mutlak orang islam malah telah lama digunakan oleh orang arab jahiliyah
sebelum kedatang rasulullah SAW.
Apapun
pandangan serta hujah orang ramai, seharusnya mengambil kira maslahat umum.
Ulama dan bijak pandai serta pemerintah harus menimbang kesan buruk serta baik
dalam menentukan sebarang hukum. Jenis- jenis hukum feqah seperti feqah waqi,
maqasid dan awlawiyat mungkin boleh digunapakai. Wallahualam.
Mr Jay
Katakanlah: “Hai
orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan
kamu bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi
penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi
penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)” (QS. Al Kafirun: 1-6)
17 Yang suka berceloteh:
isu syiah yang ramai pegikut secara senyap saja kat negara kita dah cukup berat, harap tidak ditambah lagi dengan isu ini yang memungkinan mengelirukan.
ada pro dan kontra cuma bimbang pada orang yang mudah cenderung kepada perkara sesat tu nanti..atau ada manipulasi dikemudian hari..wallahualam
Sampai sekarang tak selesai masalah ini. Sampai bila pun tak tahu. Thanks for the info.
melampau kan depa ni...nak main2 kan agama islam pulak
salam Mr Jay.
mmh tak patut kalimah allah digunakan dlm kitab bible..
boleh timbul kekeliruan.
isu ni mmg sensitif..
hrp dpt diselesaikn..
Penerangan yang diberikan, jelas... :)
Semoga isu ini tidak terlampau ekstrem... Kene banyak membaca dan belajar... :)
Saya pon harap isu ni ada jalan penyelesaiannya. Setiap org ada pandangan masing2. Apa yg sepatutnya setiap umat islam lakukan ialah rujuk kepada Al QUran dan hadis utk cari jawapannya tentang hal ini. Saya faham sensitiviti hal ini, cuma saya kurang setujudgn cara segelintir umat islam yg menangani isu ini dgn cara yg boleh menjatuhkan imej islam sendiri.
diaorang ni sengaja nak porak peranda isu keagamaan
assalamualaikum MJ...mmg sensitif kalau isu keagamaan ni kena cuba menghalangnyakan...
abang ipar PM merupakan salah seorang lawyer yang menentang penggunaan kalimah Allah nih...=)
makin byk isu kalimah allah ni.. makin ditegah makin nk diguna kalimah ni.. geram la
Masalah nih kne di bendung secepat mgkin..bimbang nti akan memesongkan akidah umat Islam
isu kalimah Allah ni mmg sensitif.. harap2 ada la amik tindakan
semoga ada penyelesaian yang terbaik....sama2 kita doakan kan kak...
mmg sensitip harap jumpa jalan penyelesaiannnya
saya nk cite psl saya masa kecik2 dulu... saya pernah tgk cite apa ntah, pelakon dia dlm cite tu sebut Allah tapi dia sembah bnda lain... sampai masa kecik saya pernah terpikir, dia islam tp knpa smbah bnda lain...
nampak tak dia dh ganggu "otak" saya masa kecik2 dulu..
Post a Comment