Walaupun MJ pengguna tegar Shaklee, tapi apa salahnya kita mencuba juga produk lain di pasaran kan?
Rata-rata sekarang ni orang asyik bercerita mengenai produk Ephyra ni terutama rakan blogger yang mana yang dah mencuba turut sama BERPUAS HATI dengan ephyra. Dan akibat terpengaruh dengan 'godaan' dari rakan-rakan blogger maka MJ turut mencubanya. Itulah besarnya 'kuasa' dari blogger kan, kerana ianya mampu menarik hati orang lain untuk turut terpengaruh..hehee
Duta Ephyra
Apa itu ephyra? Apa hebatnya ephyra ni sampaikan ramai orang asyik mempromosikan / menceritakan kehebatan produk ni? Jom kenali ephyra
Ephyra ialah sejenis minuman yang berasaskan kolagen dan didatangkan dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan hebat dengan rumusan terunggul dari alam semula jadi yang membantu untuk merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.
Antara kandungan ephyra ialah
1. Kolagen Ikan Laut Dalam
- Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putih laut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman
- Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata
- Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
- Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif
- Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
- Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
- Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.
Dan kelebihan menggunakan EPHYRA ialah?
- Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
- Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
- Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
- Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
- Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
- Mengurangkan kadar kolesterol
- Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
- Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
- Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Testimoni Ephyra
Kenapa MJ pilih ephyra?
Sebab utama yang menjadi tarikan selain dari untuk kecantikan mahupun kesihatan tentulah untuk meningkatkan 'KESUBURAN.'
Seperti yang sudah sedia maklum ada beberapa kenalan blogger MJ yang dah 'merasai' kehebatan ephyra apabila masing-masing disahkan hamil termasuklah isteri blogger terkenal. Ada yang menanti bertahun-tahun seperti MJ, dan ada pula rakan blogger yang tanpa dirancang turut hamil. MJ pun nak merasai tempias tersebut. Apa salahnya kita berusaha melalui produk ephyra ni kan manalah tahu ianya serasi / sesuai dengan MJ, aminnnn mudah-mudahan. Kita hanya berusaha dan selebihnya biarlah Allah yang memberi..
Antara entry / testimoni yang telah membuatkan MJ tertarik hati ialah :
TARIKAN PERTAMA
MJ sendiri PM blogger Nadia sebab yelah kami kan sama-sama menanti hampir 4 tahun kan, jadi bila dapat tahu Nadia mengandung Ya Allah!! MJ turut rasa bahagianya dengan apa yang Nadia alami.
Kita memang tak mahu terlalu bergantung pada produk sebab kita kena yakin soal rezeki hanya Allah yang menentukan dan yang lain kita hanya kena berusaha, kan? Korang boleh baca sendiri pengalaman Nadia dengan ephyra di SINI.
TARIKAN KEDUA
Ina Intan Berlian pun ada kongsi testimoni mengenai Ephyra, mau tak teruja bila MJ baca.. Korang boleh baca entry tu di SINI. Dan yang paling BEST apabila Ina sendiri telah disahkan HAMIL walaupun ada 2 kemungkinan yang buatkan Ina rasa mustahil tapi siapa sangka kan kalau dah Allah nak beri rezeki.
TARIKAN KETIGA
Pengalaman dari Nory bila dia pun dah mengandung, tunggu masa nak bersalin je sekarang ni, walaupun masa dia ambil ephyra tanpa sedar 'baby' dah ada dalam perutnya dan dia yakin ephyra membantu dari segi untuk menguatkan rahim.
TARIKAN KEEMPAT
Entry PANAS apabila blogger Eyriqazz nak menyaman ephyra, ingatkan pasaipa, rupanya apabila isterinya disahkan hamil baby ke -3. Tahniah buat Eyriqazz dan Isteri, rezeki korang.
Tahniah buat anda berempat dari MJ, semoga kandungan sihat dan selamat melahirkan baby korang ye.. Mmuuaaahhhh...
MJ rasa cukup lah 4 tarikan dari kenalan MJ yang boleh buatkan kami 'celik mata' mengenai produk Ephyra dalam meningkatkan kesuburan. Ini tak termasuk dari testimoni2 lain di fanpage ephyra lagi. MJ pun berdoa disamping berusaha agar segala usaha termasuklah dengan mengamalkan ephyra selain dari produk suplement lain dapat memberikan 'hasil' yang sekian lama kami nantikan. Doakan untuk kami ye kawan-kawan..
18 Yang suka berceloteh:
good luck myra, nice entri ;)
sesuai ni utk di cuba oleh mereka yg belum dapat anak
Tak salah berusaha kan MJ. Akak doakan insyaallah ada rezeki MJ dan suami nanti....
Akk tgk org beli akk pun cuba jugak. Baru guna sekotak
Billion terima kasih kerana Mj sudi sertai kontes Pek Premium Ephyra dan semoga berjaya tersenarai dalam 100 yang terawal.
p/s: URL link youtube tu tak jadi.
ephyra mmg produk all in lah kan kak:) memang best!
Sah-sah dapat ni EPhyra ni. INSYA ALLAH. :)
mg usaha berhasil.. good luck
xtau pulak produk ni boleh membantu dlm kehamilan..insyallah lau ada bajet nti pas bersalin nak try produk ni..nak kulit cantek pas beranak..n nak cantek selamanya..haha
Memang betul produk ini sedang HANGAT dipasaran...
boleh cuba kan..hihi..
byk kesan baik =)
salam MJ..
tak salah mencuba kan..:)
insyaAllah..
Good Luck MJ.
ephyra memg terbaik n rasenye yg sedap..semoha impian myra dan suami utk timang cahaya mata akan tercapai
ooo, contest ke. selamat berjaya ye myra.
good luck myra.. InsyaAllah akn dpt sekotak free :-)
ciktom pn slh seorg pengguna ephyra..mmgg best!!!
good luck dear!
lupa nak reply..ciktom insyaAllah pi SBB2014..jupe kt sana ye :)
Post a Comment