Celoriang qata aih...
Tengok orang lain buat kemain lagi cantik, mai diri sendiri buat nak gelak pun hado.. haha
Tengok orang lain buat kemain lagi cantik, mai diri sendiri buat nak gelak pun hado.. haha
Masa dok susun Oreo kemain cantik lagi nengok ha, gara-gara tak nyempat lapisan kedua nak mengeras sepenuhnya cheq dah tuang milo, tu yang celoriang abes, tapi takpa anggap corak kreatif..muehehee
Bahan2
- 10 gm agar² tali/serbuk (terpulang jenama apa)
- 1 tin susu cair (400ml)
- Satu bungkus Oreo (buang inti-kalau tak buang pun takpa cuma akan manis je)
- 750ml air
- 150gm gula
- 3/4 cawan Milo (gula dengan milo MJ main agak2 je guna cawan biasa..huhuu)
- Masak agar-agar dengan air sehingga sebati, (kalau nak tahu sukatan kita betul ke tak, lepas campuran dah sebati tu kita tengok kalau pekat, air kurang kalau terlalu cair, air lebih.. dia kena nampak macam merelit tu ha tu tandanya agar2 kita nanti jadi elok tak keras tak lembik) almaklumlah MJ kan main agak2 je sukatannya sebab tak ada alat sukat. Kemudian masukkan gula hingga larut. Gunakan api sederhana ye, jangan besar sangat.
- Lepas tu masukkan susu cair, kacau hingga mendidih dan bahagi kepada 2 bekas
- 1 bekas masukkan milo dan kacau sehingga milo sebati tak berketul2 ye.
- Kemudian tuangkan milo tadi (nak tapis pun boleh) untuk lapisan bawah, bila lapisan tu dah mengeras sikit (jangan keras sangat takut tak melekat) tuang bahagian putih lepas tu letaklah oreo sesuka hati.
- Bila bahagian tengah dah mengeras sikit tuang milo di lapisan atas sehingga habis, dan kemudian sejukkan. SIAP!
18 Yang suka berceloteh:
time2 bulan pose. kalau tv leh mkn , mmg dh ngap dah ..
tingin nk wat , tp bile pk tkut x jadi tu mmg maleh lew
teringin nak try..tp xda masa lagi nak buat hehe
nyumnyum...dap!
Vavavavav sedapnyeeeee..boleh cube nie..;)
syira sukaa ni..
aduss...sedapnya puding milo oreo ni...hujung minggu ni saya nak buat open hse.boleh la buat...hhuhu...
MJ, bak sepinggan lapoooo niiii
Eh.. Cantik je tu MJ. Kalau tak cakap corak tak jadi orang pun tak perasan tu.
woooo..apa rasanya kak ?
uihhhhhhhhhhhhhhhhhhh terliur org puase tgkkkkkk...terbayang2 sejuk2 masuk tekak nie...dah le kat umah ni hantu oreo....lieya penah buat puding oreo nie....mmg sedap ....anak2 suke gileeee....
terasa macam lalu je kat tekak ni ye....sejuk je
wah nampak sedap tu.
yummieesss.... sedap tue
cam sedap jek...yummyy...
mencabar kan..
janji ada rasanya.rupa blkg kira la.hihi..
kena cba lagi apsti expert lps ni.m
psstt: thanks mj.. ciksu doakan utk mj juga..
smga dipermudahkan hendknya.aamiin
sambung minum ephyra tau..
Cam sedap je... bley try resepi ni senang...
Tak apa setiap percubaan tak semesti menjadi tip top...asalkan boleh di makan...lain kali cuba lagi.
sedapnue...nti bleh try
Post a Comment