Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Diari Umrah : Masjid Nabawi, Ziarah Makam Nabi dan Raudhah (Part 2)

Sambungan dari entry Perjalanan Bermula, kami sampai Hotel Movenpick Madinah selepas waktu Subuh dalam pukul 5.30 pagi (Subuh pada 4.50 pagi) jadi kami solat Subuh di Hotel je.

7.30 pagi kami kena berkumpul di lobby Hotel untuk aktiviti pertama kami di bumi Madinah iaitu melawat Makam Nabi dan juga Raudhah. Layankan gambar yang super duper banyak.. :)

Pertama kali dapat melihat lembayung ini di Masjid Nabawi, hati tersentuh.. Betapa indahnya saat mata memandang.


Dari Movenpick Hotel (Gate 15) kitorang akan terus ke Gate 25 dimana terletaknya Makam Nabi.


MJ dan Mak masa dalam Raudhah kami bantu Tok (sebelah mak) sebab masa tu menantu dia (pakai shawl tu) masih dalam period. Alhamdulillah mungkin sebab niat kami bantu bawak Tok maka Allah mudahkan urusan kami dalam tu.
Umur Tok 82 tahun tapi tenaga dia SubhanaAllah memang kagum sangat, tanpa bantuan kerusi roda mahupun kerusi lipat, berdiri atas kaki sendiri (cuma kami ada tolong papah bila keadaan terlalu sesak), dan Allah adan untuk bantu kita di sana, percayalah..

Masa nak masuk Raudhah Tok tanya nama MJ, dan sampai hari kami nak balik Tok ingat nama kami, ingatan Tok memang kuat. Sebabnya kami ni dari lain2 grup jadi susah nak dapat jumpa. Ingat lagi masa hari kami nak balik Tok berkali2 ucap terima kasih kat kami sebab tolong bawak dia, bantu dia masa di Raudhah.. Takpe Tok, kami tolong ikhlas..


Inilah Ustazah Ain (Mutawwifah) yang membimbing kami sepanjang tempoh kami di Raudhah. Sebelum pintu masuk ke Raudhah siap ada papan notis untuk mengingatkan jemaah agar tidak bertolak sesama sendiri.
Dan belakang ustazah Ain ada kubah hijau dan bawah tu lah makam nabi. Masa tu hati dah mula sebak, rasa tak percaya dah semakin hampir nak jumpa Nabi.

Sementara menanti giliran untuk masuk, kami baca doa dulu untuk Nabi Muhammad SAW dan juga buat sahabat2 nabi iaitu Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.

Ada 2 tempat untuk menanti sebelum kami dapat masuk, sebelum turn kami adalah turn jemaah dari Asia Barat (Arab dan Pakistan tak silap) almaklumlah semua berjubah hitam dan berpurdah ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Sesambil menunggu tu sesambil lah berzikir dan berdoa mudah2an dipermudahkan urusan kita untuk berjumpa dengan Nabi.

Tempoh menunggu kami tak lama, dalam sejam gitu tak silap, memang masa nak dapat masuk tu Masya Allah sabar lah bebanyak, punya ramai manusia ada yang bertolak2 ha, tapi alhamdulillah dengan bantuan Mutawwifah kami dapat tempat di bahagian depan.
Dari situ dah nampak makam Nabi, syahdu sangat masa tu tak sangka ada peluang untuk kami berjumpa dengan kekasih umat Islam seluruh dunia. Kekasih yang dirindui oleh semua.

Dan bila tersedar kaki sedang memijak karpet hijau, terus ambil peluang bersolat, masa tu Ya Allah syukur sesangat tak sangka dapat peluang yang mudah..

Dah habis solat MJ berdiri ingat nak bagi peluang kat orang lain tapi mutawiffah cakap 'Hajjah! solat solat! jadi ambik peluang untuk solat lagi sekali, tapi lepas Rukuk MJ tak dapat nak sujud, penuh manusia berdiri betul2 kat depan ha. Sambil menunggu tu sambil berdoa mudah2an Allah mudahkan urusan untuk selesaikan solat dengan sempurna, lepas pada tu dapat peluang sujud dan selesaikan solat.. Alhamdulillah

Lepas solat MJ berdiri dan terus berdoa apa yang terlintas, airmata tak usah cakap la punya senang la bederai.. ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Lepas tu tetiba Ustazah Ain panggil MJ dengan mak untuk solat lagi, dapat pulak tempat kat saf hadapan.. Apa lagi terus ambik peluang solat lagi di situ, Ya Allah syukur sesangat Engkau mudahkan urusanku di sini bersama Mak, walaupun sesak dengan manusia tapi Engkau memberi peluang pada kami untuk bersolat di Raudhah.

Habis je solat dengar Ustazah sebut..

Hajjah! sujud syukur, Hajjah! sujud syukur

Kami pun terus sambung dengan sujud syukur, memang bersyukur sesangat Ya Allah 3x dapat solat sunat dalam Raudhah, dapat berdoa dalamnya. Perasaan yang tak dapat nak diungkapkan, sedih dalam gembira. Sesungguhnya kami memang berpuas hati sangat.

Habis solat grup kami mula bergerak untuk keluar, untuk bagi peluang pada jemaah lain pulak.

Masa ni kitorang baru je gerak keluar dari Raudhah.

Sedikit tips nak syer berdasarkan pembacaan dan sedikit pengalaman semasa ziarah di Raudhah
- Pakai tudung hitam (agar kita dianggap sama macam Negara Arab yang lain) - mudah untuk kita selit di antara golongan depa, paham2 la ye kadang bila keadaan sesak ni kita takleh jangka.
- Ziarah seawal 7.30 pagi, masa ni keadaan kurang sesak berbanding malam. Lagipun tempoh agak panjang sehingga pukul 11.45 pagi camtu (sebelum masuk waktu Zohor pukul 12.15 tengah hari)
- Masa menunggu tu banyakkan berzikir, berselawat pada nabi sebab kita dah semakin hampir nak jumpa orang yang paling kita sayang dan berdoa moga kita diberi peluang dan kesempatan, insyaAllah Allah maha mendengar.
- Bila dapat peluang bersolat, doa masa sujud tapi jangan sampai kita sebut (nanti tak sah solat) cukup sekadar doa dalam hati. Tapi jangan sujud terlalu lama kang takut risiko lain ha ๐Ÿ˜…
- Ada yang cadangkan duduk kat tiang, tapi pada MJ mana2 tempat sama saja, mana peluang yang terhidang terus ambil.
- Raudhah adalah salah 1 dari Taman2 Syurga, keindahan berada dalamnya sukar nak gambarkan. Jadi ambillah peluang ye...

 Grup kecil kami bersama Ustazah Ain


Sebelum keluar dari dalam Masjid sempat lagi mintak mak tolong ambilkan gambar ๐Ÿ˜ƒ


Me and my Mum.


Bergambar dengan my kesayangan di pintu masuk ke Raudhah.. Pintu no 25 

Kami keluar dari Raudhah dalam pukul 11.00 pagi macam tu (lebih kurang 3 jam lebih la dari menunggu sampai habis). Kesimpulannya MJ berpuas hati sangat sebab dapat solat dan dapat berdoa dalam tempat yang ddambakan sejak dari Malaysia lagi.

Di Malaysia MJ dah berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan alhamdulillah Allah kabulkan, sebab kami dapat rasakan kemudahan sepanjang kami berada dalam tu. Terima kasih ya Allah.


Oh ya, lepas Raudhah jemaah lelaki SAHAJA mereka ke Perkuburan Baqi' tempat perkuburan besar yang menempatkan isteri nabi, anak2 nabi, sahabat2 nabi dan juga jemaah2 yang meninggal di Madinah. Beruntung kan yang meninggal di sana dapat dikebumikan di tempat yang sama mereka yang lain.
Lagi satu jemaah lelaki mereka setiap masa dapat ke Raudhah sebab situ kawasan solat untuk lelaki. My Abah setiap kali solat waktu dapat solat dalam Raudhah, alhamdulillah rezeki.

Dari handphone my Abah

Kiri Makam Rasulullah, tengah Saidina Abu Bakar dan kanan Saidina Umar, beruntung jemaah lelaki dapat lihat Makam Nabi dan Sahabat, jemaah wanita tak boleh ke sana, di sekat dengan penghadang.


Dan MJ nak bagi kredit pada Maria Firdaus yang kongsi doa ni, dan doa ini lah kami baca sebelum kami ke Tanah Suci (MJ ada olah ikut kesesuaian).



DOA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI (UMRAH) 

Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan yang sempurna kepada kedua ibu bapa kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.



6 Yang suka berceloteh:

Kakzakie Purvit said...

Suka..suka..suka
Terharu dan rindu menggamit kakak utk ke sana lagi dan lagi Myra
Indahnya perjalanan ibadah di sana memang tak sama kan.

Raudhah tempat yg sesak tapi rezeki setiap kita pasti ada dan tak sama.

Kakzakie Purvit said...

Jazakallahu hairon dari kakak atas yg telah Myra sampaikan ketika di sana.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Allahuakbar,

menitis air mata yui baca entry ni kak.
walaupun sekadar baca, dok rasa diri tu ada kat sini. InshaaALLAH mana tahu satu ari nanti berkesempatan.

Doakan ya kak.

Ann Ishak said...

alhamdulillah

QasehnyaRania said...

mj thanks berkongsi di sini
yang mmbaca ni terasa sebak..
hanya Allah yang mengetahui..
smga kammi juga diberi peluang ke sana. nanti. aamiin

el said...

turut sedih gak baca story uols ni huhu

Labels

Celoteh MJ (132) layan (122) terima kasih (116) GiveAway (95) Join Contest (74) cantik (68) hadiah (65) Menang GA (63) Makan Sedap (61) dunia artis (58) nuffnang (53) pemenang (49) Hari Raya Puasa (44) BE nuffnang (42) happy (42) Resepi (41) Pengumuman (37) Wordless Wednesday (36) Firas (34) contest (32) Produk Shaklee (31) suami isteri (30) Denaihati (29) on9 visitor (28) Pusat Pelancongan (27) keputusan GA (26) promosi hebat (25) Fesyen (23) USM Penang (22) kenduri kawen (22) sedap (22) Pulau Pinang (21) sedih (21) jalan-jalan (20) rumah tangga (20) senarai peserta (20) Islam Agamaku (19) Nikah Kawen (19) nasihat (19) pesakit (18) Pegangan (17) Fridge Magnet (16) ME Nuffnang (16) kelakar (16) Exam USM (15) Followers (15) Ilhan (15) aiskrim kek (15) churpchurp (15) islam (15) sihat (15) teka-teki (15) Celebrate Birthday (14) PJJ di USM Penang (14) lucu (14) tips (14) Hadiah Contest 2013 (13) pengalaman (13) Nikon D90 (12) Portable Power Bank (12) aksi terlampau (12) petua (12) Avon (11) Bercuti di Cameron Highland (11) CPUV Earning (11) CPUV Nuffnang (11) Cameron Highland BEST (11) Family Day (11) Hadiah Wang Tunai (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) blogger Kuala Lumpur (11) kisah tauladan (11) kuih raya (11) my birthday (11) Anniversary (10) heartbeat (10) kupon (10) top komen (10) tutorial (10) Birthday Suami (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) Pulau Langkawi (9) dalam negara (9) kamera (9) sale (9) video (9) Blogger Utara (8) Kelantan (8) Kenangan MJ di tahun 2011 (8) Kenduri (8) Pizza Hut Promotion (8) Resipi (8) kad raya (8) online (8) review blog (8) Hadiah Anniversary (7) Mak Abah ke Umrah (7) My Koleksi (7) Percutian Kami (7) Perodua Alza (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) Cuti-Cuti Malaysia (6) Dekorasi Simple by MJ (6) Hadiah Birthday (6) Happy Anniversary (6) Jumpa Blogger (6) MJ dan Suami (6) Percutian Familyku (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) juadah berbuka (6) kupon KFC (6) ovarian cysts (6) BAJET 2012 (5) Burger King (5) Cara Dekorasi Bajet (5) IQ (5) Kenangan di Tahun 2014 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) Beef Lasagna Cheese (4) Bisnes Pelekat Pantz (4) Cheque Nuffnang (4) Diari Umrah MJ (4) Homemade Burger Bakar (4) Inai Henna (4) Inai lukis (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kelebihan Ephyra (4) Kenangan MJ di tahun 2015 (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Perkahwinan Artis (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) SBPA (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) Ustaz Ahar Idrus (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Akademi Fantasia (3) Almari MJ (3) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Ben Ashaari (3) Berita Sensasi (3) Burger Bakar (3) Burger KOMTAR (3) Cara Berkesan untuk Menabung (3) Cashout Nuffnang (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) HomeMade Aiskrim (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Hukum memakai Inai Lukis (3) Irma Hasmie (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi Carlo RINO (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menabung dengan Si Hijau (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Oreo CheeseCake (3) Ostematrix Shaklee (3) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Aiskrim (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) Review Ephyra (3) SPA (3) Seminar Wordpress (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Tarikh mengundi PRU13 (3) Testimoni Ephyra (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Tiket Wayang Free (3) Tips Menabung dengan Berkesan (3) borong.com.my (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) keputusan Peperiksaan (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Adamson Hotel Kuala Lumpur (2) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Anne Ngasri (2) Ayam Dendeng (2) Azza Elite (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Arab KokuRyu (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Black Label Aidijuma (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Cheque Exabytes (2) Chicken Chop (2) Ciptaan Allah SWT (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) GUESS (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Homoseksual (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Bajet (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Irma Hasmie Mengandung (2) Jalil Coconut Shake (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Coklat Sedap (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenangan MJ di tahun 2012 (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Paris dari Aidijuma (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Lirik Lagu (2) Majlis Kenduri MJ (2) Makan Sedap di Pulau Pinang (2) Maksud PJJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Mega Giveaway Celoteh MJ (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Neotel Hotel Kuala Lumpur (2) Original Handbag COACH (2) PTPTN Info (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Paris Satin Aidijuma (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pemenang Top komen (2) Pengalaman HSG Test (2) Perfume (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Kek Sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) SX150 IS (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Side Income (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Slot Lestary TV3 (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni GLA Complex (2) Testimoni Ostematrix Shaklee (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Wallet (2) White Label Aidijuma (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) angry bird (2) astro (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) berita terkini (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) drama Melayu (2) duit malaysia (2) games (2) hobi masa lapang (2) iPhone 5 Contest (2) ilusi optik (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) zuriat (2) Adat Perkahwinan India (1) Air Gunung Berapi sedap (1) Ais Kacang Maklom (1) Aiskrim Choki Choki (1) Aiskrim Coki Coki (1) Aiskrim Pasu (1) Alamat Jalil Coconut Shake (1) Ana Rafali dan Suami (1) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) Angin dalam Badan (1) Animasi Kartun (1) Apa itu Triglycerides (1) Asam Gelugor aka Asam Keping (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) Asyraf Muslin dan Wan Sakinah (1) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Baju Pengantin Diana Amir (1) Balotelli EURO (1) Banjir Kilat di Cameron Highland (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Belajar secara Sidang Video (1) Bencana Alam (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Boikot Israel (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang BR1M online (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara mudah nak lipat baju (1) Cara ubati Denggi (1) Cendol Maklom (1) Cendol sedap (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cover Samsung USAMS (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (1) Diana Amir dan Suami (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Diskaun PTPTN 10% (1) Ditipu dengan Western Union (1) Dividen dan Bonus ASB (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) EURO 2012 (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Emperial Horse Wallet (1) Endorscope Cyst (1) Ephyra membantu untuk Hamil (1) Ephyra meningkatkan kesuburan (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) Exabytes (1) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Fadilat Bulan Rejab (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Faizal Ismail (1) Gambar Fara Fauzana (1) Gambar Pelik (1) Gaviscon Advance (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Haiwan Pelik (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Bertafakur (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ibadah Korban Online (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Iniesta EURO (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) JAKIM (1) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake Bandar Perda (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Juara bola sepak EURO (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) KBC Rantau Panjang (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kasut Le Sandae Zalora (1) Katil MJ (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Kegunaan Duit Nuffnang (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kejutan di Hari Lahir (1) Kek Biskut Marie (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kementerian Kesihatan (1) Kempen Si Hijau (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Kenangan di tahun 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nestle Bliss (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Wallet MJ (1) Konsert Mania (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Letgo Item (1) Letgo Wardrobe (1) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masakan Pasta (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Misteri Villa Nabila (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) Nan Cheese Meleleh (1) Nasi Arab Al-Bayt (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pathlab Penang (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2012 (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Peluang Kerjaya (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume Burberry (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Pernikahan Anne Ngasri (1) Pernikahan Artis Malaysia (1) Perodua Bezza (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Affiliate AssignJobs (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Rebat Bil Elektrik (1) Red Label Aidijuma (1) Rempah Nasi Arab (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sotong Kangkung (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Review Hotel (1) Ring Stand Hanger Single (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) Route 69 Taman Robina (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saloma Bistro Kuala Lumpur (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Sepanyol vs Itali (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Set Senggugut (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Sooft Book Washable for children (1) Sotong Kangkung (1) Stokin Kaki Scholl (1) Stokin Scholl Sleeping (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Surprise Birthday (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tanda menghidapi Cyst (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tepung Magik (1) Testimoni B-Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni Zalora (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tips Rumah Tangga (1) Tips buat suami isteri (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Twitter (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Vibrance Kegel Device (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Watie Elite (1) Western Union Selamat (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) boikot mc donald (1) bomoh VIP penipu (1) buku denaihati (1) car loan (1) cara mengira cukai (1) e-Qurban Kemboja (1) free sample (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca (1) mesir (1) movie (1) negara yang bertanding dalam EURO (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) pray for gaza (1) rempah sauna (1) rusuhan (1) santai (1) seksi (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1)