Siapa isteri yang sanggup berpoligami @ dimadukan oleh suami tersayang kan?? Tanyalah mana2 isteri sekalipun pasti jawapan mereka tidak termasuk MJ.. :>) Tapi lainlah dengan Sallih Yaacob kan apabila ketiga2 isterinya bersetuju apabila suami tersayang nak cukupkan kuota 4 isteri..
Jom MJ baca artikel yang MJ copy dari Berita Harian Online.
KUALA LUMPUR: Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut.
Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad. “Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.
Kesilapan suami laksana syariat bukan alasan ketepi hukum: Nooh
“Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya.
Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami. Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.
“Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia. “Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu.
“Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.
“Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya
p/s : Apa pendapat kalian?? MJ???huhuhuuuu, no komen :>)
12 Yang suka berceloteh:
Susah nak cakap...wanita bukan nak menolak cume takot..sebab kebanyakkan kes suami tak adil dan perkahwinan kedua berlaki tanpa pengetahuan dan juga hbgn suami dan isteri pertama tak baik..tau2 dah ada dua...
Wanita mgkn blh terima kalu hbgn mesra dan intim dengan suami sentiasa kekal mesra...jadi isteri pertama tak kan terkilan..apa2 pun mmg tak tolak poligami tetapi ada alasan utk tidak menerima dgn tgk beberapa faktor
@Nur Hawa Mohd Zin
Ye Awe, MJ pun sokong, kita nie bukan menolak cuma kita takut diabaikan suami tersayang..
Harap dijauhkan lah semua nie kan..
hehehe..no komen..xsume ppuan sanggup berkongsi kasih...
kak..takut la nak kawin..huhu
bukan menolak, tapi takut kalau keadilan itu tiada...hmmm...mcm ner tuh?
@Zura
Betul tu kak, tak semua perempuan yang sanggup :)
@Nurul Jannah
Jangan takut dear, perkahwinan itu indah sebenarnya, yang penting kena tahu tanggungjawab ye :)
@Cik Muda Sae
Itula kan.. yang penting kena tahu tanggungjawab memasing dalam mencorakkan rumahtangga kan..
waaa kita pun tak sanggup. takut. huhuhuhu
kak munna pun no komen... mmg klu boleh tak nak lah poligami ni semua...
huhuhu.. x sanggup jugak!!
no komen gak akak...
Post a Comment