Sesetengah dari kita mungkin bertanya boleh ke tidak nak talkin kepada jenazah ni. ada sesetengah ulama mengatakannya bidaah, ada sesetengahnya pula mengatakan ia sunnat. jadi keliru pulak. oleh kerana tak nak bagi kekeliruan berpanjangan, maka lebih baik kita merujuk pihak yang lbih arif dalam agama.
HUKUM TALKIN KEPADA MAYAT
Keputusan:
1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.
2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.
3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
a) membid"ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.
4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92 Jld
Akta/Enakmen:
N.S.P.U 11
sumber : Portal Fatwa Negara JAKIM
Mr Jay: tujuan post ini bukan nak mempertikaikan pendapat sesetengah ulama tetapi untuk tetapi lebih kepada meraikan perbezaan pendapat antara golongan orang yang berilmu. wallahu'alam
1 Yang suka berceloteh:
info yang sangat berguna~
Post a Comment