Oh, pasu antik rupanya. saya terbaca dalam harian metro, katanya pasu yang dilelong berharga RM 211 juta. baca bawah ni kalau nak tau lebih lanjut.
LONDON: Sebuah pasu China yang dibuat pada kurun ke-18 dilelong dengan harga �43 juta (RM211 juta), semalam.
Pasu porselin zaman dinasti Qianlong setinggi 40 sentimeter itu dijual pusat lelong Bainbridges di London dan dibeli seorang warga China yang tidak dikenali. Selain harga lelongan, pembeli itu juga membayar premium sebanyak 20 peratus daripada harga asal, menjadikan harga keseluruhannya RM258 juta.
Ia mencatat harga paling tinggi untuk barangan hasil seni China di pusat lelongan, sekali gus menjadikan dua adik beradik yang mewarisi pasu itu selepas penemuannya di sebuah kediaman di utara London, jutawan segera.
Petugas di Bainbridges, Helen Porter berkata: “Mereka tidak tahu apa yang mereka miliki. Walaupun menaruh harapan tetapi mereka tidak percaya apabila jurulelong menutup pembidaan pada harga yang amat tinggi.” “Seorang daripada mereka terpaksa keluar dari bilik lelongan untuk mendapatkan udara segar selepas terkejut dengan harga itu.” Pasu yang mempunyai dekorasi motif ikan itu sebelum itu dijangka hanya akan dijual pada harga antara RM4 juta hingga RM6 juta. Harganya naik mendadak apabila begitu ramai pelabur China berminat untuk memilikinya
sumber : Harian Metro MJ : kalau sy jangan kata terkejut. silap2 leh pitam kat situ je. tp MJ xde pasu antik. pasu bunga ada la. wa ha ha... korang ada barang antik x, leh try lelong. mana la tahu, kalau2 ada rezki leh jadi jutawan segera
1 Yang suka berceloteh:
haha..best kan kalu kaya cmnie..hihi..leh ifa wat ga byk2!!!hii..neway sori sis..xleh nk tgl jejak...tenet gle nie..huhu
Post a Comment