kita sering mendengar ataupun berbicara tentang sunnah dan hadis. tetapi kita jarang untuk mengetahui apa itu sunnah ataupun hadis. bahkan untuk mengetahui jenis2 hadis. kebanyakan kita hanya tahu hadis sahih ataupun hadis daif. oleh itu marilah kita sama2 mempelajari serba sedikit tentang hadis dan sunnah Rasullah S.A.W
berikut adalah jenis - jenis hadis dan maksudnya
1. Hadis Mutawatir
Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya
2. Hadis Mashyur
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza
3. Hadis Sahih
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:
i. Adil
ii. Kuat Ingatannya.
iii. Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.
4. Hadis Hasan
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
5. Hadis Dho'if
Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
6. Hadis Marfuk'
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.
7. Al-Hadis Mauquf
Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita
8. Al-Hadis Mursal
Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.
9. Al-Hadis Muttasil
Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.
10. Hadis Mahfuz
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).
11. Hadis Jaiyid
Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.
12. Hadis Mujawwad dan Tsabit
Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.
13. Hadis Maudhuk'
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).
Rasulullah saw pernah bersabda, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana jika kamu mengikutnya, kamu tidak sesat. Iaitu al-Quran dan sunnahku"
2 Yang suka berceloteh:
owhh rupa nya byk jenis hadia yg lom tahu selama ni..tq sharing...
jom join GA kfieza...
http://fieza79.blogspot.com/2010/11/1st-ga-bahagia-ku-di-sini-aka-fieza79.html
Thanx 4 de sharing~ ;)
Post a Comment