Petua orang dulu - dulu banyak kelebihan dan faedahnya. Selain bahan - bahannya mudah didapati dan murah, ia juga dikatakan lebih mujarab. Tidak hairanlah sekarang klinik klinik juga mula memilih ubat ubatan herba daripada ubat ubatan biasa yang memberi kesan sampingan. Dibawah ada sedikit petua2 yang boleh dikongsi bersama.
Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.an lada hitam yang ditumbuk halus.
Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.
Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.
Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
- Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
- Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.
Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Anda juga tentu ada petua2 yang anda amalkan. jika tak keberatan, kongsilah serba sedikit dengan kita semua.
Jika mahukan lebih banyak lagi petua boleh la melawat laman web ini : Laman Petua Nenek
2 Yang suka berceloteh:
Salam MJ, apa petua utk org yg sakit malas nak masak.
Hehe, petuanya ada pada kita sendiri.. :) MJ pun sama gak kdg2 ada sakit tue..
Post a Comment