Salam...
Pelakon Raja Farah Raja Aziz (22) telah selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria (25) @ lebih dikenali dengan nama Megat Andika dengan mas kahwin RM 888.00. Nombor 8 dipilih adalah simbolik dengan tahun kelahiran Raja farah iaitu pada tahun 1988.
Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober lalu itu dinikahkan oleh bapa Farah, Raja Aziz Raja Ngah di Bukit Jelutong, Selangor di sini kira-kira pukul 11 pagi.
Dengan sekali lafaz, Farah selamat bergelar isteri kepada Megat dan pasangan mempelai kelihatan berseri dengan busana berona putih dan biru.
Pada majlis yang sama pasangan mempelai bertukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada pihak lelaki berupa pulut kuning, senaskhah al-Quran, iPhone 4, tas tangan jenama Coach, sirih junjung, cincin dan alat solek.
Manakala Raja Farah pula membalas sebanyak sembilan dulang hantaran termasuk sejadah dan kain pelikat, wangian, kek, al-Quran dan tasbih, sirih junjung, jam tangan dan iPhone 4.
Hubungan percintaan pasangan itu berputik dalam masa yang cukup singkat iaitu lapan bulan lalu sebelum mengikat tali pertunangan dan mengambil keputusan yang lebih serius untuk bernikah.
Pelakon filem Apa Kata Hati itu ketika ditemui memberitahu, tempoh pertunangan yang hanya sebulan itu adalah persetujuan daripada kedua-dua belah keluarga.
"Tiada sebab apa mungkin ini sudah jodoh kami. Saya sedar tempoh perkenalan dengan pertunangan dan pernikahan antara kami begitu singkat.
"Bagaimanapun, saya sudah bersedia 100 peratus menjadi isteri dan harap segalanya berjalan lancar selepas ini," kata Raja Farah yang turut mengadakan majlis doa selamat perkahwinan di kediamannya malam ini.
Raja Farah dalam masa yang sama turut menolak dakwaan khabar angin yang mengatakan dia hamil sehingga terpaksa membuat keputusan bernikah secepat mungkin.
"Mendengar tentang gosip itu saya lemah, sedih dan hampir putus asa untuk teruskan kerjaya. Namun, kalau saya berhenti bermakna saya mengaku salah.
"Tahniah kepada orang yang buat fitnah kerana berjaya kucar-kacirkan hubungan saya dengan keluarga dan juga Megat," kata Raja Farah dalam nada kecewa.
Belum menetapkan tarikh persandingan, jelas Farah jadual kerja yang tidak menentu sehingga hujung Disember membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengadakan majlis resepsi pada tahun depan selewat-lewatnya April.
Pasangan itu turut merancang berbulan madu di Pulau Raja Ampat, Indonesia awal tahun depan.
Cerita ini diambil dari UTUSAN ONLINE
Celoteh MJ : Semoga Pernikahan mereka bahagia hingga ke akhirnya.. MJ suka baju RF nie, kombinasi warna ceria..

Gmbar diambil dari laman web ZON ARTIS

0 Yang suka berceloteh:
Post a Comment