Assalamualaikum.
Tragedi MH370 yang hilang secara tiba tiba cukup menyentak seluruh masyarakat di Malaysia. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku, masing masing cuba mendapatkan maklumat mengenai punca terjadinya kehilangan pesawat ini yang misterius. Tidak cukup dengan laporan secara 24 jam oleh pihak media, para pakar aviasi turut diwawancara untuk mendapatkan pandangan serta maklumat tentang kes ini. Malangnya semua itu seakan tidak cukup. Rakyat kita seaakan tidak mahu menerima apa yang dikatakan "maklumat terhad, konspirasi dan rahsia besar". Dari itu rakyat Malaysia mula mengalih perhatian kepada maklumat melalui media alternatif seperti facebook, blog, tweeter, whatsapp serta lain lagi
Akibat dari penyebaran maklumat melalui media alternatif ini, kita memperolehi 1001 versi cerita mengenai kehilangan MH370. Ada yang mengatakan ia terhempas ke dalam lautan. Ada yang mengatakan mengatakan ia meletup. Ada yang mengatakan ia melakukan pendaratan cemas. bahkan ada yang mengatakan ianya di "hijack" pengganas.
Ingin saya nyatakan disini jika kita terus menerima segala macam kenyataan tanpa melihat kepada fakta yang diberikan maka kita akan terus terperangkap dan "diperbodohkan" oleh orang yang menyebarkan segala macam berita
Disini saya mengambil satu contoh. Pernahkah kita membuat karangan di sekolah dahulu iaitu jenis menyambungkan karangan. Contohnya, saya seekor burung. Ayatnya berbunyi " saya seekor burung kakak tua.... sila sambung ayat ini tidak lebih dari 200 patah perkataan. Kita boleh mereka beribu macam cerita hanya mengambil ayat tersebut sebagai permulaan.
Kita boleh menceritakan kisah burung itu mati dilautan. Burung itu dicuri perompak. Burung itu di sembunyikan bunian dan bermacam cerita lagi kerana ia bukanlah fakta tetapi merupakan cerita. Anda faham apa yang saya cuba sampaikan? Begitulah juga kes kehilangan pesawat MAS ini. Tidak mudah untuk membuat cerita. Akan tetapi tidak ada satu lagi yang tampil menunjukkan bukti. Yang ada hanyalah cerita
Jadi kalau macam tu semua cerita ini tidak betullah? Bagaimana kalau ianya benar benar terjadi?
Jawapan saya tidak mustahil ianya benar benar terjadi. Ini kerana dalam 1001 cerita berkemungkinan salah satu daripadanya berkemungkinan tepat. Pernahkah kita lihat peneka ramalan pertandingan piala dunia. Berjuta tekaan dibuat dan sesetengahnya tepat. Bukan kerana kebolehan mereka meramal masa hadapan akan tetapi peratus untuk menjadi kenyataan menjadi tinggi kalau berjuta tekaan dibuat. Contoh pada masa lepas si sotong paul yang dikatakan meneka dengan tepat. Adakah kita sebagai orang islam percaya kepada benda karut itu? Sudah tentu tidak.
Ada pula mengatakan bukan kita tak hendak menerima berita dari TV tetapi kerajaan Malaysia berahsia. Tidak memberikan maklumat secara telus. Jika ini hujah anda, saya ingin tanyakan kepada anda. Kerajaan mana yang tidak menyimpan rahsia? Rasulullah SAW manusia termulia juga mempunyai sahabat untuk menyimpan rahsia. Terkadang sesuatu itu dirahsiakan adalah untuk melindungi dan mengelakkan malapetaka yang lebih besar jika rahsia itu didedahkan terutamanya apabila melibatkan keselamatan negara. Bersangka baiklah jika anda merasakan bahwa ada maklumat ditapis atau disekat. Berkemungkinan untuk mengelakkan sesuatu yang lebih parah. Wallahualam
Habis takkan kita hendak duduk berdiam diri sahaja?
Ada benda yang lebih baik dari duduk berspekulasi dan menyalahkan orang lain tidak menjalankan tugas dengan baik. Jika kita sebagai rakyat biasa tidak mampu menolong mencari pesawat itu adalah lebih baik kita berdoa dan bersolat hajat. Itu lebih baik dari mencari pelbagai cerita yang tak berkesudahan ini. Jangan pula ditiru pelakuan mana-mana pihak yang tak cukup akal yang mungkin boleh merosakkan nama baik Islam dan Malaysia dikala kita diperhatikan diseluruh dunia.
Kita sedang di uji Allah SWT. Bermacam2 ujian diberi oleh Allah SWT kepada kita. Marilah dekatkan diri kita kepadaNya. Semoga diberi pengampunan oleh Allah SWT.
Oleh: Mr Jay















