Produk ini tersedia dalam bentuk krim seperti krim atau gel atau bentuk padat seperti lipstik atau pensel. Selain menutup bekas-bekas jerawat, kedutan, ia juga berfungsi untuk menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata. Malah ia, dapat membuatkan wajah kelihatan mulus tanpa cela. Kebiasaannya terdapat tiga warna yang hampir sama dengan kulit seseorang.
Pemilihan warna concealer ini sememangnya cukup penting bagi memberi kesempurnaan solekan. Paling ideal adalah satu tingkat lebih cerah dari warna kulit wajah anda. Ini kerana, jika menggunakan concealer dengan tingkat warna yang terlalu cerah, ia akan menonjolkan bahagian yang bermasalah.
Kaedah paling tepat mengaplikasikan concealer adalah selepas anda memakai pelembap supaya ia meresap dengan sempurna ke dalam kulit. Sapuan dengan menggunakan berus atau jari lebih praktikal. Ini memudahkan kita menekapkan pada kulit.
Setelah menyerap dengan baik ke bahagian kulit wajah, barulah diratakan dengan sapuan bedak asas.
Jenis concealer
Pensel atau stikMudah digunakan dan sesuai untuk kulit normal, boleh diratakan menggunakan jari dan bedak asa yg sesuai digunakan adalah jenis cecair supaya sapuan nampak lebih halus.
Biasanya kulit berminyak akan menjadikan sapuan concealer tidak sekata, oleh itu disarankan menggunakan concealer jenis padat supaya dapat mengurangkan bekas cela @ jerawat.
Palet
Sekiranya anda mempunyai masalah bekas jerawat kemerahan, bintik-bintik hitam, pilihan concealer jenis palet sesuai. Tiga warna cukup untuk membuatkan warnanya halus sekata. Misalnya, warna kuning untuk menutupi tanda-tanda merah dan jerawat, warna oren kemerahan untuk menutupi lingkaran hitam di bawah mata dan warna beige untuk mencerahkan noda yang gelap sekali.
Solid
Bagi anda yang mempunyai jadual cukup padat, pastinya memerlukan concealer jenis solid dan tahan lama. Pilihan tekstur yang kalis air, tekstur ringan dan sapuan akan lebih ringan dan nampak semula jadi. Malah, concealer jenis ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar.
Bagi yang memiliki wajah berjerawat, pilih concealer yang mempunyai formulasi seperti Tea Tree Oil dan vitamin E. Bahan ini bukan sahaja membantu mengeringkan jerawat, malah membantu menutupi rona merah disebabkan jerawat dan membuatkan kulit nampak mulus.
Krim
Concealer jenis krim amat sesuai untuk kulit kering. Ini kerana ia mudah diratakan selain dapat membantu menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata. Setelah itu, susuli dengan sapuan bedak tabur dengan warna yang sama supaya lapisan concealer bertahan lebih lama dan kelihatan merata dan barulah anda menyapu bedak kompak.
Concealer
Jika malas menggunakan bedak asas, gunakan saja concealer di sekitar mata, hidung bagi menutupi bahagian kemerahan di dagu atau di antara kedua alis. Gunakan concealer jenis krim yang disapukan menggunakan berus. Aplikasikan tepat di bahagian bermasalah dan ratakan ia.
TIPS
• Sapukan concealer pada kulit yang sudah dikenakan pelembap.
• Gunakan hujung jari atau span lalu ratakan ia dengan lembut.
• Pilih concealer yang mengandungi vitamin A dan E kerana bahan ini turut membantu mengurangkan masalah garis-garis halus serta melindungi kulit dari kesan buruk radikal bebas.
• Jangan menggunakan gerakan melingkar atau menggosok ke kiri kanan kerana ia akan menghilangkan concealer dari bahagian yang anda mahu lindungi.
• Untuk bahagian mata, aplikasikan dari hujung dalam sehingga ke hujung luar bawah mata dan bahagian lingkaran hitam. Sebaiknya, gunakan concealer jenis cecair dengan pilihan warna satu ton lebih muda dari warna kulit wajah anda.
• Bagi bahagian hidung, sapukan pada kedua-dua sisi hidung dengan warna yang lebih gelap dari kulit kerana ia dapat membentuk shading. Concealer berbentuk airbrush dapat membantu menghasilkan lapisan yang halus dan maksimum pada hidung.
• Pada bahagian pipi, sapukan nipis concealer berbentuk krim. Hindari pemakaian concelaer jenis cecair yang bebas minyak kerana akan mudah menampakkan pipi berminyak.
• Bagi masalah noda hitam, ratakan concealer dengan span supaya kesan cela tertutup dengan sempurna. Pilih satu hingga dua ton warna concealer lebih gelap dari warna kulit. Concealer berbentuk stik dan krim paling sesuai untuk menutupi noda-noda hitam. Pilih concelaer jenis kalis air supaya tahan lebih lama.
Info diambil dari Majalah Mingguan Wanita
4 Yang suka berceloteh:
Whoa! Thanx 4 sharing~ ;)
dni jarang pakai ni sebab nak cepat :D
best ahh info pg ni...sll dpt info2 mcm ni kat MW tp skrg dh jrg2 dpt baca MW...baca kat blog mira je la hehee...tq..!
Aida~ u'r welcome..
Dnie~ Myra pun pkai bila nk p
knuri je :)
Sis Fieza~hehe, sharing is caring.. :)
Post a Comment