Zarina An-Julie @ mahu lebih dikenali sebagai Anjoulie Lavocah yang pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar lucahnya tersebar di alam maya, dengan imej seksi berparti yang dikatakan melampau sehinggalah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan dadah yang sudah selesai itu.
Kontroversi gadis berusia 24 tahun ini lebih meletup dan dibicarakan berbanding kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Namun, apabila melihat kelibat artis berkenaan di pentas peragaan Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlangsung di Hotel JW Mariott, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang terkejut melihat si seksi itu manis menutup aurat.
Cantik dan manis kan bila bertudung begini..
Lengkap bertudung menutupi setiap sudut aurat malah disertai jubah yang indah membaluti tubuhnya, tiada siapa menyangka pada mulanya dialah artis yang penuh kontroversi itu. Melihat sisinya yang lain pada majlis itu, ada yang tertanya-tanya adakah dia sudah mendapat seru untuk ke arah itu ataupun Zarina yang mesra disapa Anjou masih Anjou yang seksi, hanya bergaya mengikut arahan si pereka.
“Saya mengagumi rekaan Khadani kerana gabungan jubah dan corak batik ini membuatkan si pemakai kelihatan elegan walaupun menutup aurat.
“Malah saya ada berangan andai kata saya mahu bertunang ataupun bernikah suatu hari nanti, saya mungkin akan cuba mencari busana yang sesuai di Khadani.
“Soal sudah mendapat hidayah atau tidak saya rasa tidak perlulah dibicarakan sebab itu antara saya dengan
Tuhan dan saya percaya ianya perlukan keikhlasan tanpa paksaan sesiapa.
“Saya mula memperagakan pakaian Khadani sejak berumur 19 tahun lagi namun, ini adalah pertunjukan fesyen terbesar saya bersama mereka.
“Mungkin sebelum ini tidak ramai yang perasan. Yalah, bila saya pakai seksi barulah para wartawan lebih perasan bukan?
“Asal berjumpa sahaja, mesti ditanya tentang imej seksi seperti tiada cerita lain yang mahu dicanang.
“Janganlah tanya tentang saya seksi atau apa. Saya dah muak dengan soalan itu dan saya yakin pembaca di luar sana pun dah tak larat dengar cerita-cerita yang tidak membangun ini," ujar Anjou yang seperti sudah
menjadi rutin menjawab soalan sedemikian.
Cerita penuh boleh baca di UTUSAN MALAYSIA
Kredit to ROTI KAYA
9 Yang suka berceloteh:
harap2 ape yg die ckp tu betul la kan?
skt mata tgk die seksi gile :D
Puteri Iqa~btul tu kan, hrp kekal la ngn imej mcm nie..
:) comella dia ni
she's look seksi walaupun bertudung...muke dia seksi...hope, biar la kekal begini sampai bila2...
bole peracye ke??...hehe...tapi harap-harap niat di mmg betul..
comel uh anjuolie..hee~
haha..semua dah tengok &^%&$^ dia mesti la dah insaf..semoga insafnya berkekalan...aminn
ingatkan angelina jolie ada nama baru ehheehhe...ayat dia best 'bila sy pakai seksi barulah wartawan nak perasan' hahah
Myra Jay: Manis dia bertudung kannnnnn.....
p/s:slm ziarah ke blog ini.....:)
Post a Comment